Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1
MUHAMMAD YUSRI BIN MOHD YUSOF
NAMA PENYELIA: EN. MADLAIM BIN EJIB @ ETIB
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBANDINGBEZA HURUF
BESAR DAN HURUF KECIL BAGI MURID TAHUN 4
MENGGUNAKAN KAEDAH ‘Plas-Hu’

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu murid Tahun 4 dalam meningkatkan kemahiran
membandingbeza huruf besar dan huruf kecil dengan menggunakan kaedah ‘Plas-Hu’. Kajian ini
telah dilaksanakan terhadap lima orang murid Tahun 4 di salah sebuah sekolah yang berada di
daerah Tuaran, Sabah. Peserta kajian ini telah dipilih berdasarkan pemerhatian yang dilakukan
berdasarkan beberapa hasil tugasan mereka. Tinjauan awal mendapati bahawa peserta kajian
mempunyai masalah untuk mengenal serta membandingbeza huruf kecil dan huruf besar dalam
sesuatu ayat. Pengkaji telah menjalankan kajian ini dengan berorientasikan Model Penyelidikan
Tindakan Kurt Lewin ( 1948 ). Model kajian ini telah dipilih oleh pengkaji berdasarkan beberapa
faktor. Data bagi kajian ini telah dikumpulkan oleh pengkaji melalui beberapa kaedah seperti
pemerhatian, ujian penilaian iaitu ujian pra dan ujian pos serta analisis dokumen. Pengkaji juga
telah menganalisis data-data yang dikumpulkan secara kualitatif dan kuantitatif. Hasil dapatan
kajian telah menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kemahiran dan prestasi bagi semua
peserta kajian selepas intervensi dilaksanakan. Peserta kajian dapat mengenal dan
membandingbeza huruf besar dan huruf kecil dalam sesuatu ayat dengan betul. Kesimpulannya,
keputusan daripada analisis data-data yang dikumpulkan telah membuktikan bahawa
penggunaan kaedah ‘Plas-Hu’ ini berkesan dalam membantu murid membandingbezakan huruf
besar dan huruf kecil dalam ayat dengan betul bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.


ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan bahan bantu mengajar
Peti PenBil dalam meningkatkan kemahiran penggunaan penjodoh bilangan dalam penulisan ayat
bahasa Melayu. Kajian ini juga adalah berasaskan masalah yang mana terdapat kecenderungan
murid dalam mengabaikan penggunaan penjodoh bilangan dalam penulisan ayat bahasa Melayu
mereka. Ramai juga penutur jati bahasa Melayu yang tidak menganggap penting penggunaan
penjodoh bilangan yang dianggap kurang menjejaskan maksud sesebuah ayat. Kajian ini
merupakan kajian tindakan untuk menguji intervensi Peti PenBil yang berbantukan lembaran
kerja dan bahan konkrit murid bagi meningkatkan kemahiran penggunaan penjodoh bilangan
dalam penulisan ayat bahasa Melayu. Kajian ini juga penting untuk menyedarkan murid mengenai
kepentingan penjodoh bilangan dalam mengindahkan sesebuah ayat dari aspek kelembutan dan
keindahan bahasa itu sendiri di samping dapat digunakan dalam konteks yang tepat.


NICK THIERRYE NASRI
NAMA PENYELIA: EN. MADLAIM BIN EJIB @ ETIB
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN PENJODOH
BILANGAN DALAM PENULISAN AYAT BAHASA MELAYU
MENGGUNAKAN PETI Penbil
Free download pdf