Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1
HAZNIZA BINTI RASYID
NAMA PENYELIA: EN. MADLAIM BIN EJIB @ ETIB
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
PENGETAHUAN DAN CABARAN GURU BAHASA MELAYU
TERHADAP AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERASASKAN KBAT DI DAERAH TUARAN

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan dan cabaran guru Bahasa Melayu
sekolah rendah ter amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berasaskan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) di daerah Tuaran. Seramai 169 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di
daerah Tuaran dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan
menggunakan borang soal selidik sebagai alat instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan
perisian Statistical Package For Science Social (SPSS) versi 27. 0 untuk pemerihalan data
deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat min, sisihan piawai,
kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai purata min bagi
pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap KBAT berada pada tahap yang tinggi (min= 3. 34 ).
Dapatan yang diperolehi bagi dua lagi pembolehubah lain yang dikaji iaitu cabaran guru Bahasa
Melayu terhadap KBAT (min= 2. 74 ) berada pada tahap yang sederhana manakala amalan
pengajaran dan pembelajaran berasaskan KBAT (min= 3. 32 ) berada pada tahap yang tinggi.
Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi
meningkatkan lagi mutu-mutu pengajaran guru-guru Bahasa Melayu berasaskan KBAT.


ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan peribahasa bahasa Melayu
melalui kemahiran mendengar dan bertutur menggunakan teknik Gibberish. Kajian ini dijalankan
di sebuah sekolah rendah yang terdapat di daerah Tuaran, Sabah. Sampel kajian ini melibatkan
tiga orang murid yang terdiri daripada seorang orang murid perempuan dan dua orang murid
lelaki. Cara pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji semasa melaksanakan kajian ialah
melalui tiga cara iaitu pemerhatian, pembahagian borang soal selidik kepada sampel kajian, ujian
pra dan ujian pos. Berdasarkan pemerhatian awal yang diperoleh daripada sampel kajian
membolehkan pengkaji untuk menggunakan teknik Gibberish sebagai salah satu cara untuk
meningkatkan pengetahuan murid dalam peribahasa bahasa Melayu sekali gus membantu murid
untuk mendengar dengan baik serta dapat menyebut peribahasa bahasa Melayu dengan penuh
dan betul. Hasil dapatan kajian melalui ujian pra dan ujian pos yang dijalankan menunjukkan
kesan positif di mana sampel kajian dapat meningkatkan pengetahuan tentang peribahasa bahasa
Melayu serta maknanya dengan betul. Sampel kajian juga dapat meningkatkan kemahiran
mendengar peribahasa bahasa Melayu melalui teknik Gibberish serta dapat menyebut
peribahasa bahasa Melayu secara penuh dan betul. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan
teknik Gibberish dapat meningkatkan pengetahuan dan sebutan peribahasa bahasa Melayu bagi
murid Tahun 5.


SITI NOR ANISA BINTI MAPAN YUKI
NAMA PENYELIA: EN. MADLAIM BIN EJIB @ ETIB
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
MENINGKATKAN PENGETAHUAN DAN SEBUTAN
PERIBAHASA JENIS PERUMPAMAAN BAHASA MELAYU
MENGGUNAKAN TEKNIK GIBBERISH DALAM KALANGAN
MURID TAHUN 5
Free download pdf