Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1
UMAR BIN JEFRIEE
NAMA PENYELIA: EN. MADLAIM BIN EJIB @ ETIB
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KATA SENDI “DARI”
DAN “DARIPADA” DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4
DENGAN BETUL MENGGUNAKAN TEKNIK “ATM”

ABSTRAK
Kajian Tindakan ini bertujuan untuk membantu murid tahun 4 meningkatkan kemahiran menulis
dengan kata sendiri “dari” dan “daripada” menggunakan teknik ATM. Kajian ini juga dijalankan
untuk memastikan murid menguasai penggunaan kata sendi “dari” dan “daripada” dalam
sesebuah ayat. Subjek yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 6 orang murid tahun 4 di
salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah Tuaran, Sabah. Masalah utama yang dihadapi oleh
murid ialah kekeliruan mengenai penggunaan kata sendi “dari” dan “daripada”. Selain itu, murid
juga tidak memahami perkara asas bagi kata sendi “dari” dan “daripada”. Data dikumpul melalui
Ujian Diagnostik dan Ujian Pencapaian, analisis dokumen dan pemerhatian. Dalam kajian ini, saya
telah mengadaptasi model yang dipelopori oleh Kemmis dan Mc Taggart ( 1988 ) dan dianalisis
secara kualitatif. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa Teknik “ATM” mampu meningkatkan
pencapaian murid dalam kemahiran menulis dan pengguasaan kata sendi “dari” dan “daripada”
dalam membina ayat. Kesimpulannya, peningkatan dan pencapaian yang baik dalam ujian
menunjukkan bahawa Teknik ATM dapat membantu memahami dengan jelas mengenai
penggunaan kata sendi “dari” dan “daripada” dengan betul.


ABSTRAK
Pentaksiran bilik darjah merupakan satu proses yang mengukur perkembangan murid secara
berterusan. Pentaksiran bilik darjah juga boleh dikatakan sebagai satu pentaksiran yang bersifat
holistik, iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Peranan guru amat penting
dalam memahami dan mengaplikasi konsep Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mencapai
matlamat KSSR. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kompetensi guru Bahasa
Melayu dari segi aspek pengetahuan dan kemahiran dalam mentaksir PBD. Dalam kajian ini,
seramai tiga orang responden dalam kalangan guru Bahasa Melayu di SK Pekan Telipok telah
dipilih secara rawak. Seterusnya, sebuah protokol temu bual berstruktur telah disediakan dan
dilaksanakan. Manakala, soal selidik telah disediakan dan diagihkan kepada para responden serta
senarai semak telah dilaksanakan di dalam bilik darjah ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
(PdP) dijalankan. Seterusnya, data telah dikumpul dan dianalisis menggunakan kaedah kualitatif
setelah tujuh hari kajian dijalankan. Hasil kajian ini mendapati bahawa guru Bahasa Melayu yang
terlibat mempunyai kompetensi yang baik dalam aspek pengetahuan dan kemahiran dalam
mentaksir PBD.


NUR ATIQAH BINTI HASBI
NAMA PENYELIA: PN. ZAINAB BINTI HASHIM
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
KOMPETENSI GURU BAHASA MELAYU DALAM MENTAKSIR
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) SEKOLAH RENDAH : ASPEK
PENGETAHUAN & KEMAHIRAN
Free download pdf