Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1
MUHD. AKHMAL BIN MOHD HAFIZ
NAMA PENYELIA: PN. ZAINAB BINTI HASHIM
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN IMBUHAN
AKHIRAN "-KAN" DAN "-AN" BAGI MURID TAHUN 5
MENGGUNAKAN PAPAN KANAN

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan penggunaan PAPAN KANAN dalam
meningkatkan penguasaan imbuhan akhiran “-kan” dan “-an” bagi kata dasar yang berakhir huruf
“k” bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Responden yang terlibat terdiri daripada kalangan murid
tahun 5, iaitu serama 5 orang murid. Kemahiran imbuhan akhiran merupakan salah satu
komponen kemahiran pengimbuhan yang tidak boleh diabaikan. Dalam Bahasa Melayu, hanya
terdapat tiga sahaja komponen imbuhan akhiran iaitu “-kan” dan “-i” mewakili golongan kata kerja
dan “-an” mewakili golongan kata nama. Penggunaan imbuhan yang salah akan membawa tafsiran
makna yang salah. Instrument yang digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian, latih tubi ujian
pra dan pos, temu bual dan soal selidik dalam mengenal pasti penguasaan penggunaan imbuhan
akhiran “-kan” dan “-an” bagi kata dasar berakhir huruf “k”. Murid-murid telah didedahkan dengan
PAPAN KANAN selama seminggu. Ujian pos dijalankan setelah PdP dilaksanakan dengan
menggunakan PAPAN KANAN. Markah setiap murid dikumpul untuk dianalisis serta dibandingkan
dengan markah sebelumnya (ujian pra). Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan
prestasi peserta kajian. Dapatan pemerhatian pula menunjukkan penguasaan peserta kajian
terhadap penggunaan imbuhan akhiran “-kan” dan “-an” bagi kata dasar akhir huruf “k” semakin
memuaskan berbanding sebelumnya. Murid-murid juga lebih seronok dan lebih yakin dalam
menggunakan imbuhan akhiran “-kan” dan “-an” berdasarkan teknik dan kaedah yang terdapat
dalam setiap proses PAPAN KANAN.


FARAH NUR AMIRA NATASHA BINTI ASMADI
NAMA PENYELIA: PN. ZAINAB BINTI HASHIM
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
PENGGUNAAN TEKNIK KIRA JEDA UNTUK MEMBANTU
MURID TAHUN DUA DALAM MELAFAZKAN PANTUN

ABSTRAK^
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran melafazkan pantun
dengan betul dalam kalangan murid tahun 2 menggunakan teknik kira jeda. Kajian ini dijalankan
terhadap subjek kajian yang terdiri daripada 6 orang murid sekolah rendah tahun 2. Pengkaji
menjalankan kajian dengan bersandarkan kepada model penyelidikan tindakan Lewin, 1946 dan
Laidlaw, 1992. Analisis data yang dijalankan adalah secara kuantitatif disokong bersama kualitatif.
Alat kajian yang digunakan ialah pemerhatian dan ujian. Pemerhatian yang dijalankan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlansung di bilik darjah bagi mengenal pasti masalah
pembacaan pantun yang dihadapi oleh responden. Pengkaji juga menjalankan ujian diagnostik
bagi mengesan penguasaan responden dalam kemahiran membaca pantun dengan jeda yang
betul. Kaedah rawatan yang digunakan oleh pengkaji ialah dengan menggunakan teknik kiraan
perkataan dalam satu baris pantun agar responden dapat mengenalpasti tempat yang
sepatutnya dijedakan ketika membaca pantun. Selepas tempoh rawatan, pengkaji melaksanakan
ujian pencapaian bagi membandingbeza peningkatan responden dalam kemahiran membaca
pantun sebelum dan selepas menjalankan kaedah rawatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
penggunaan teknik kira jeda ini dapat meningkatkan kemahiran membaca pantun kepada
responden.

Free download pdf