Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1

ABSTRAK
Kajian penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf besar
dan huruf kecil bagi huruf K, P dan S menggunakan Kit Teknik “KoJaRuf”. “KoJaRuf” adalah
akronim bagi perkataan “Kotak Jalur Huruf”. Melalui teknik ini, murid perlu menulis huruf besar
dan huruf kecil bagi huruf K,P, dan S berdasarkan intervensi yang dilaksanakan. Teknik ini
menggunakan kaedah tiga garisan yang diterjemahkan ke dalam bentuk bahan maujud sebagai
panduan dalam memperkukuhkan lagi asas menulis responden kajian. Kajian ini juga telah
dilaksanakan di sebuah sekolah di daerah Tuaran, Sabah. Kumpulan sasaran terdiri daripada lima
orang murid Tahun Dua. Selain itu, data dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian berstruktur,
soal selidik, analisis dokumen dan ujian bertulis yang merangkumi Ujian Pra dan Ujian Pos bagi
melihat perubahan kemahiran menulis responden yang diperoleh pada akhir kajian berdasarkan
penggunaan Kit Teknik “KoJaRuf”. Pelaksanaan kajian tindakan ini adalah berlandaskan model
Kurt Lewin (1946). Data terkumpul dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Hasil analisis data
mendapati kesemua murid telah menunjukkan peningkatan yang ketara dan nyata setelah
menjalani intervensi melalui Ujian Pos. Kesimpulannya, keputusan kajian menunjukkan Kit Teknik
“KoJaRuf” ini berkesan dalam membantu murid menulis huruf besar dan kecil bagi huruf K, P dan
S dengan betul dalam penulisan mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya bagi murid Tahun Dua.


AG MOHD NAIM ZAHRAN BIN AG HUSSIN
NAMA PENYELIA: PN. ZAINAB BINTI HASHIM
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF BESAR DAN
HURUF KECIL MENGGUNAKAN KIT TEKNIK “KoJaRuf” BAGI
MURID TAHUN 2

EIMAN HANAFI BIN MOHD EFFENDI
NAMA PENYELIA: PN. ZAINAB BINTI HASHIM
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS TANDA BACA KOMA
DAN NOKTAH DALAM AYAT DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK
PEMBARIS "KoNo" BAGI MURID TAHUN 3

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan adalah bertujuan untuk membantu murid Tahun 3 bagi
memperbaiki kelemahan murid dalam meningkatkan kemahiran menulis tanda baca yang
melibatkan koma dan noktah semasa menulis ayat dengan menggunakan Teknik Pembaris
“KoNo”. Teknik Pembaris “KoNo” diperkenalkan untuk memudahkan peserta kajian menandakan
tanda koma dalam ayat yang mengandungi lebih daripada 2 subjek atau predikat dan tanda
noktah pada akhir ayat dengan betul dan tepat. Pengkaji telah menjalankan kajian berdasarkan
Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin ( 1948 ). Subjek kajian ini melibatkan seramai lima orang
murid daripada murid Tahun 3 iaitu dua orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan di
sebuah sekolah daerah Tamparuli, Sabah. Data dikumpul dengan menggunakan tinjauan awal dan
akhir melalui kaedah pemerhatian, soal selidik berstruktur, ujian pra dan ujian pencapaian.
Pengkaji menjalankan beberapa langkah intervensi secara ansur maju bagi meningkatkan
kemahiran penggunaan tanda baca koma dan noktah. Hasil daripada analisis data kajian
menunjukkan peningkatan yang positif dalam kemahiran menggunakan tanda baca koma dan
noktah dalam ayat bagi murid Tahun 3. Secara keseluruhannya, Teknik Pembaris “KoNo” yang
diperkenalkan sangat berkesan bagi membantu murid meningkatkan penggunaan tanda baca
koma dan noktah dalam ayat Bahasa Melayu.

Free download pdf