PERUTUSAN TIMBALAN PENGARAH
IPG KAMPUS KENT
Bismmilahirahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh dan Salam Sejahtera, Salam Perpaduan,
Salam Kent “Kerana Engkau Nama Terbilang”.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Seminar
Penyelidikan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2019 telah
dapat diadakan dengan jayanya. Sebelum memulakan ucapan saya, terlebih dahulu saya
mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pelaksana dan semua pihak yang
terlibat atas usaha dan komitmen dalam menyempurnakan seminar ini. Saya percaya
tanpa kerjasama yang utuh seminar ini tidak dapat diadakan dengan baik.
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan khas kepada para pensyarah penasihat
kerana bertungkus lumus memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada para siswa guru
pelatih sehingga laporan-laporan kajian berjaya dihasilkan. Tidak lupa juga ucapa tahniah
kepada semua pelajar PISMP ambilan Jun 2019 kerana telah melengkapkan dan mampu
berkongsi dapatan-dapatan kajian dengan rakan-rakan siwa guru pelatih melalui platform
ini.
Melalui penyelidikan ini, saya yakin semua guru pekatih PISMP Ambilan Jun 2019
telah memperoleh banyak ilmu serta pengalaman yang bernilai yang berguna untuk
pembentukan diri dan diaplikasikan ketika bergelar guru kelakh. Penyelidikan yang
dilakukan oleh para guru pelatih bukan hanya sekadar kajian tindakan sahaja tetapi juga
membuat kajian kes, kajian tinjauan dan juga penyelidikan etnografi. Saya amat berharap
semua siswa guru pelatih akan dapat mengorak langkah susulan untuk menambah baik
hasil dapatan kajian yang diketengahkan dalam seminar ini.
Benarlah ungkapan mutiara ini “Disetiap kesulitan pasti ada kemudahan”, “dimana ada
kemahuan di situ ada jalan”. Saya sangat percaya pelbagai halangan, cabaran dan dugaan
yang dihadapi oleh guru pelatih sepanjang proses menyiapkan kajian. Segala penat lelah
para siswa guru pelatih kini mencapai satu tahap kepuasan pada diri masing-masing
kerana telah berjaya menyiapkan laporan kajian dengan jayanya.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan seminar penyelidikan 2022
ini. Semoga kita mengambil peluang untuk meningkatkan prestasi diri dan berjaya
menaikkan profesionalisme keguruan menerusi penyelidikan pendidikan.
Sekian, terima kasih.
DATIN DR. HAJAH ROSINAH BINTI EDININ,
Timbalan Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent.