Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1
NURSYAHIRAH BINTI MOHD FARIQ ARIFFIN,
NAMA PENYELIA: PN. NOOR SALAWATI BINTI ABU BAKAR
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
PENGGUNAAN “AKTAAT” UNTUK MENGATASI MASALAH
KEKELIRUAN MURID DALAM MEMBANDINGBEZAKAN
PENGGUNAAN KATA PENGUAT

ALIA ILYANA BINTI AZIHAR
NAMA PENYELIA: PN. NOOR SALAWATI BINTI ABU BAKAR
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
PENGGUNAAN LA SIMBA DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 3
BERCERITA DENGAN MENGGUNAKAN SIMPULAN BAHASA

ABSTRAK
Kajian tindakan yang dijalankan bertujuan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran bercerita
dengan menggunakan simpulan bahasa serta menambahkan lagi keseronokan semasa
pembelajaran. Penggunaan simpulan bahasa yang jarang digunakan oleh murid-murid telah
mendorong pengkaji untuk mencipta inovasi La Simba. Perkara ini membawa kepada masalah
utama iaitu murid lemah untuk mengingati makna simpulan bahasa dan bercerita dengan
menggunakan simpulan bahasa. Maka inovasi ini dicipta dalam bentuk nyanyian yang akan
menarik perhatian murid serta memudahkan murid untuk menghafal simpulan bahasa apabila
lagu tersebut dinyanyikan secara berulang kali. Kajian yang dijalankan ini adalah berteraskan
kepada model kajian tindakan Stephen Kemmis & Mc Taggart ( 1988 ). Pengkaji telah menggunakan
triangulasi kaedah iaitu gabungan antara kaedah pemerhatian, soal selidik dan rakaman video.
Kajian telah dilaksanakan di salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah tuaran ke atas enam
orang murid tahun tiga yang berlainan tahap kecerdasan. Sampel kajian terdiri daripada tiga
orang perempuan dan tiga orang lelaki. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, inovasi La Simba
dapat membantu murid untuk meningkatkan penguasaan kemahiran bercerita dengan
menggunakan simpulan bahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu.


ABSTRAK
Sistem bahasa merupakan salah satu aspek yang amat penting dalam pengajaran dan
pembalajaran Bahasa Melayu. Murid-murid perlu didedahkan dengan penggunaan sistem bahasa
dalam Bahasa Melayu dengan cara yang betul. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji murid yang
lemah dalam sistem bahasa terutamanya tatabahasa dalam Bahasa Melayu. Seramai dua orang
peserta kajian yang terdiri daripada murid tahun 5 terlibat dalam kajian ini. Mereka didapati
mempunyai masalah dalam memahami konsep tatabahasa kata penguat, mengkategorikan kata
penguat dan mengaplikasikannya dalam binaan ayat. Mereka cenderung membuat pemilihan kata
penguat mengikut kebiasaan pendengaran dan bukan mengikut syarat khas penggunaan kata
penguat. Murid-murid menyatakan bahawa pemilihan jawapan kata penguat yang tepat bagi
melengkapkan binaan ayat adalah pemilihan mengikut nasib. Nasib baik, jawapannya betul
manakala nasib yang tidak baik sebaliknya. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan dengan penciptaan
inovasi teknik yang mengfokuskan kepada akronim kata penguat (AKTAAT) bagi mengatasi
masalah kekeliruan murid dalam penggunaan kata penguat. AKTAAT berfungsi sebagai bimbingan
dan panduan untuk murid memilih kategori kata penguat yang tepat dalam binaan sesebuah ayat.
Maka, berbantukan inovasi teknik ini, murid-murid dapat memahami kata penguat dengan tepat.

Free download pdf