Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1

ABSTRAK
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggariskan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (KPM 2013) bahawa semua murid berhak mendapat pendidikan
yang terbaik bagi membantu mereka mencapai potensi diri. Pelaksanaan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah yang terkini sedikit sebanyak telah mengubah corak PdP. Kajian kuantitatif ini
akan dilaksanakan bagi mengenalpasti hubungan antara pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran aspek seni bahasa dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah terhadap
keberkesanan kefahaman murid tentang pengajaran dan pembelajaran aspek seni bahasa.
Pelaksanaan yang akan difokuskan adalah merangkumi tiga aspek utama iaitu strategi yang
digunakan sewaktu PdP aspek seni bahasa, bahan yang diguna pakai oleh guru semasa PdP yang
melibatkan aspek seni bahasa serta persepsi guru terhadap keberkesanan PdP aspek seni bahasa.
Responden bagi kajian ini adalah guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Tuaran yang
terdri daripada pelbagai pengalaman mengajar dan kelayakan akademik. Data kajian akan
dikumpul melalui edaran soal selidik secara atas talian melalui google form yang dibina sendiri
oleh penyelidik. Data juga akan dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi
berbantukan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26. Objektif utama yang
digariskan bagi kajian ini adalah untuk mengenalpasti pelaksanaan strategi yang digunakan
semasa pengajaran dan pembelajaran aspek seni bahasa oleh guru adalah selaras dengan KSSR.


NIK EZATUL NUR NAFISA BINTI NIK SHAMSUDIN
NAMA PENYELIA: PN. NOOR SALAWATI BINTI ABU BAKAR
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASPEK SENI
BAHASA DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH
RENDAH DI DAERAH TUARAN

ELVIS LEE ANTHONY
NAMA PENYELIA: PN. NOOR SALAWATI BINTI ABU BAKAR
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
MENINGKATKAN PENGUASAAN HURUF BESAR DALAM
PEMBINAAN AYAT DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3
MENGGUNAKAN TEKNIK HUBEKE

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan “Papan
HuBeKe” dalam meningkatkan penguasaan huruf besar dalam pembinaan ayat bagi murid tahun
3. “Papan HuBeKe” adalah singkatan bagi perkataan “Papan Huruf Besar Huruf Kecil”. Melalui
kaedah ini, murid perlu mengecam pasangan huruf besar dan huruf kecil yang betul serta
melekatkan huruf-huruf pada “Papan HuBeKe” berdasarkan ayat yang disebut oleh guru (Imlak).
Kajian ini telah dilaksanakan di sebuah sekolah di Daerah Tuaran. Kumpulan sasaran terdiri
daripada lima orang murid tahun tiga. Data diperolehi melalui beberapa instrument kajian seperti
ujian pra dan pos, kaedah pemerhatian borang soal selidik dan analisis dokumen. Hasil analisis
data mendapati kesemua murid telah menunjukkan peningkatan yang ketara dan nyata dalam
ujian pos. Secara umumnya, kajian ini dapat membantu murid dalam mengecam huruf besar dan
huruf kecil serta menulis huruf besar pada tempat yang betul pada pembinaan ayat disamping
mampu menimbulkan keseronokan sambil belajar dalam kalangan murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.

Free download pdf