Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1
MOHD SYAFIQ BIIN SUARDI
NAMA PENYELIA: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGORGANISASI IDEA DALAM
PENULISAN KARANGAN TIDAK BERFORMAT BAGI MURID
TAHUN 6 DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK “TANGAN PiPK”

EMILSON BIN BAINSOL
NAMA PENYELIA: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN PERIBAHASA
DALAM MEMBINA AYAT MENGGUNAKAN TEKNIK (4Pe) BAGI
MURID TAHUN LIMA

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pengaplikasian Teknik ( 4 Pe)
menerusi pengajaran menggunakan Kit Teknik ( 4 Pe) bagi meningkatkan pengetahuan mengenai
peribahasa dan meningkatkan kemahiran menggunakan peribahasa dalam pembinaan ayat bagi
murid Tahun Lima. Seramai lima orang peserta kajian daripada sebuah sekolah rendah di Tuaran,
Sabah terlibat dalam kajian ini. Pengkaji menjalankan kajian berdasarkan kepada Model
Penyelidikan Kurt Lewin dan pengkaji menggunakan instrumen kajian seperti ujian, pemerhatian
dan soal selidik untuk memperoleh data. Hasil dapatan kajian akan menunjukkan sama ada
pengaplikasian Teknik ( 4 Pe) memberikan peningkatan terhadap pengetahuan peribahasa dan
khususnya kepada asas cara menggunakan peribahasa dalam ayat yang dibina dengan konteks
yang betul.


ABSTRAK
Teknik yang diberi nama “Tangan PiPK” adalah salah satu daripada bahan rangsangan yang akan
menjadi panduan semasa pelajar menulis karangan tidak berformat, bahagian C. Teknik ini tidak
digunakan secara meluas di seluruh negara tetapi adalah inisiatif yang dibuat oleh beberapa
orang guru yang melihat keberkesanan teori Behaviouris dan Teori Kognitif. Justeru, dalam kajian
ini pengkaji akan melihat keupayaan teknik “Tangan PiPK” dalam membantu murid dalam
mengorganisasi idea semasa menulis karangan tidak berformat. Peserta kajian terdiri daripada 10
orang murid Tahun 6 SK Rugading,Tuaran didapati terdapat beberapa masalah timbul semasa
menulis karangan khususnya dalam soalan kertas 2 Bahasa Melayu bahagian C. Antara masalah
yang timbul dan dapat dikesan secara am ialah murid-murid ini mempunyai idea namun tidak
dapat mengorganisasi idea tersebut menyebabkan pemerengganan yang tidak seimbang dalam
penulisan karangan. Ada bahagian perenggan yang ditulis terlalu panjang dan ada juga perenggan
yang ditulis terlalu pendek. Selain itu, ada juga murid yang membina karangan tanpa menulis
pendahuluan dan penutup. Murid juga dikesan menulis semula idea yang sama secara berulang
dalam perenggan-perenggan lain. Instrumen yang digunakan adalah senarai semak, borang kaji
selidik, temubual, ujian pra dan ujian pos. Melalui kajian ini, pengkaji mencadangkan agak
menggunakan teknik “Tangan PiPK”. Hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan Teknik
“Tangan PiPK” mampu meningkatkan penguasaan dalam mengorganisasi idea dalam karangan.
Diharapkan agar kajian ini dapat memberi manfaat kepada golongan pendidik dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.

Free download pdf