Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1
SITI NOR JULAILAH BINTI JUMIK
NAMA PENYELIA: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
Meningkatkan kemahiran mmbina ayat berdasarkan gambar
menggunakan rumus SiBODiM² Tahun 4.

NUR QURATUL NABILA BINTI SUDIRO
NAMA PENYELIA: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF KECIL ‘p’ , ‘s’ ,
‘k’ dan ‘m’ DALAM PENULISAN DENGAN MENGGUNAKAN
TEKNIK 3GaWa

ABSTRAK
Menurut S. Nathesan ( 2010 ), kemahiran menulis merupakan kemahiran yang kompleks dan
mencabar. Senario ini menyebabkan para guru perlu sentiasa berusaha menyediakan strategi
yang berkesan bagi menangani masalah menulis. Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk
menilai keberkesanan teknik 3 GaWa dalam meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil ‘p’ , ‘s’ ,
‘k’ dan ‘m’. 3 GaWa membawa maksud tiga garis nyawa. Sampel dalam kajian ini terdiri daripada 5
orang orang murid dari tahun 3. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan
kemahiran menulis huruf kecil ‘p’ , ‘s’ , ‘k’ dan ‘m’. Oleh itu, teknik 3 GaWa dicipta bagi
menyelesaikan masalah tersebut. Objektif utama yang digariskan bagi kajian tindakan ini adalah
untuk mempertingkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf kecil. Data kajian
dikumpulkan berdasarkan ujian pra, soal selidik, ujian pos dan analisis dokumen iaitu teks 3 GaWa.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dan kurangnya kesalahan dalam menulis
huruf kecil ‘p’ , ‘s’ , ‘k’ dan ‘m. Kesimpulannya, teknik 3 GaWa ini serba sedikit membantu murid
dalam memperbaiki kemahiran menulis mereka. Teknik 3 GaWa ini juga boleh digunakan bagi huruf
kecil yang lain.


ABSTRAK
Penyelidikan ini dijalankan bagi menguji keberkesanan penggunaan rumus SiBODiM² untuk
meningkatkan kemahiran membina ayat berdasarkan gambar dalam kalangan murid tahun 4.
Sampel yang terlibat adalah seramai 6 orang daripada Sekolah Kebangsaan Pekan Telipok,
Tuaran. SiBODiM² adalah akronim daripada perkataan Si (Siapa), B (Buat apa), O (Objek), Di
(Dimana), M² (Menggunakan apa, Mengapakah). Rumus ini adalah berasaskan Hukum Latihan
Thorndike (1906). Latihan diberikan berdasarkan kaedah ansur maju iaitu latihan secara
berperingkat melalui intervensi yang diberikan. Pelaksanaan latihan sudah semestinya
berdasarkan kebolehan akademik murid. Kaedah mengumpul data terdiri daripada pemerhatian,
temu bual dan ujian. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan rumus SiBODiM² mampu
meningkatkankan kemahiran membina ayat berdasarkan gambar dalam kalangan murid tahun 4.

Free download pdf