Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1
SOON KING SAN
NAMA PENYELIA: DR. CAROLINE @ LORENA DAVID
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT PASIF
DENGAN MENGGUNAKAN KIT TEKNIK OPEK UNTUK MURID
TAHUN 6

ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat pasif dengan kata
ganti nama diri pertama dan kedua dalam subjek bahasa Melayu dengan menggunakan Kit Teknik
OPeK. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah kebangsaan (SK) yang terletak di daerah Tuaran,
Sabah. Peserta Kajian terdiri daripada 5 orang murid Tahun 6 iaitu 1 orang murid lelaki dan 4
orang murid perempuan. Kajian ini dijalankan bersandarkan kepada Model Penyelidikan Kurt
Lewin ( 1946 ). Kajian ini menggunakan empat instrumen bagi mengumpul data kajian iaitu ujian
bertulis (ujian pra dan ujian pos), soal selidik, pemerhatian dan analisis dokumen awal. Hasil
dapatan kajian menunjukkan peningkatan purata markah kemahiran membina ayat pasif dengan
kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul sebanyak 100 peratus selepas
menggunakan Kit Teknik OPeK. Dapatan soal selidik dan pemerhatian turut menunjukkan murid
telah dapat menguasai kemahiran membina ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan
kedua serta berminat dalam menggunakan Kit Teknik OPeK. Secara keseluruhan, penggunaan Kit
Teknik OPeK berjaya membantu murid dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membina
ayat pasif.

Free download pdf