Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1
SAFIAH HASYIMAH BINTI MISRAN
NAMA PENYELIA: EN. ISMAIL BIN AG PIUT
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
KESEDIAAN GURU PELATIH BAHASA MELAYU TERHADAP
AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21
(PAK21)

JOAEEN CHAM SIEW MEI
NAMA PENYELIA: EN. ISMAIL BIN AG PIUT
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL
DALAM KALANGAN GURU PELATIH PISMP BM SJKC YANG
TERDIRI DARIPADA PELBAGAI ETNIK DI IPG KAMPUS KENT:
SATU KAJIAN KES
ABSTRAK
Institusi pengajian tinggi memainkan peranan penting dalam mewujudkan perkembangan sosial
dengan menekankan kepentingan komunikasi interpersonal yang berkesan dalam kalangan
pelajar. Perasaan malu dan kurang keyakinan diri menyebabkan komunikasi lisan tidak dapat
berjalan dengan baik apatah lagi tanpa komunikasi yang berkesan. Kemahiran komunikasi
interpersonal ini ialah keupayaan serta kebolehan untuk memahami orang lain semasa
berinteraksi, bekerjasama, membimbing dan mengurus komunikasi dengan orang lain. Kajian ini
dijalankan untuk mengenalpasti penguasaan kemahiran komunikasi interpersonal dari aspek
kemahiran mendengar serta mengenal pasti penguasaan komunikasi lisan dalam kalangan tiga
guru pelatih PISMP BMSJKC yang terdiri daripada pelbagai etnik. Kajian ini melibatkan seramai
tiga orang guru pelatih PISMP BM SJKC sem 8 yang terdiri daripada pelbagai etnik di IPG Kampus
Kent, Tuaran. Selain itu, kemahiran interpersonal ini haruslah dikuasai oleh guru pelatih kerana ia
membantu individu dalam menentukan keberkesanan dalam penyampaian maklumat. Aspek
komunikasi lisan yang dikaji merangkumi intonasi suara, kejelasan sebutan dan kelancaran guru
pelatih semasa berkomunikasi dengan guru pelatih lain. Kejayaan mahupun kegagalan terhadap
banyak perkara bergantung kepada tahap keupayaan berfikir dalam menguruskan komunikasi
dalam diri. Kaedah kualitatif yang melibatkan dalam kajian kes ini ialah pemerhatian, temu bual
separa berstruktur digunakan dalam memperoleh maklumat kajian.


ABSTRAK
Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) merupakan sebahagian daripada elemen
kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru yang berperanan sebagai agen perubahan pendidikan
negara. Justeru, pengkaji menjalankan kajian berbentuk tinjauan untuk menilai tahap kesediaan
guru pelatih Bahasa Melayu terhadap amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21)
secara lebih mendalam dan terperinci. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap
kesediaan guru pelatih Bahasa Melayu merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan amalan
untuk melaksanakan pengajaran PAK21. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah set
soal selidik yang mempunyai tiga dimensi. Seramai 113 responden guru pelatih Bahasa Melayu
Ambilan Jun 2019 dan Ambilan Jun 2020 telah dipilih menjadi sampel kajian. Data telah dianalisis
secara deskriptif dan ujian inferensi korelasi Pearson juga dijalankan. Analisis data dijalankan
dengan penggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 2 7.0. Hasil
dapatan kajian menunjukkan bahawa dimensi pengetahuan guru pelatih di tahap yang sangat
tinggi (M = 4.029) manakala kemahiran dan amalan pengajaran PAK21 guru pelatih berada di
tahap yang tinggi (M = 3.993, M = 3.989). Kesimpulannya, pengetahuan, kemahiran dan amalan
guru pelatih Bahasa Melayu yang tinggi tentang pengajaran PAK21 akan menjadikan guru lebih
bersedia melaksanakan pengajaran PAK21. Kursus atau latihan perlu diberi secara berterusan
kepada guru pelatih Bahasa Melayu untuk memastikan mereka sentiasa didedahkan dengan
pengetahuan yang baru dan kemahiran pelbagai berkaitan dengan pengajaran PAK21.

Free download pdf