Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1
MOHAMMAD FAISAL BIN ABD NASIR
NAMA PENYELIA: EN. ISMAIL BIN AG PIUT
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MAJMUK
MENGGUNAKAN TEKNIK JADUAL GABUNG ARAH DALAM
KALANGAN MURID TAHUN 5
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu mengatasi kelemahan murid dalam menghasilkan
ayat majmuk mudah dalam penulisan ayat Bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan di salah sebuah
sekolah rendah di daerah Tuaran yang melibatkan enam responden yang terdiri daripada empat
orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Dalam tinjauan awal mendapati responden
tidak dapat membina ayat majmuk yang betul berdasarkan dua ayat tunggal. Responden lemah
dalam struktur ayat dan tidak dapat mengenalpasti perkataan yang perlu dibuang. Bagi
mengatasi masalah tersebut fokus kajian lebih tertumpu kepada langkah mengatasi masalah
menulis ayat majmuk dengan menggunakan Teknik Jadual Gabung Arah. Data dikumpul melalui
ujian pra dan pos, pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil analisis data mendapati bahawa
semua responden menunjukkan peningkatan markah yang sangat memberangsangkan pada ujian
pos. Penggunaan Teknik Jadual Gabung Arah telah meningkatkan pemahaman responden tentang
ayat majmuk. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Teknik Jadual Gabung Arah
telah membantu dalam mengatasi masalah membina dan memahami struktur ayat majmuk.

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh sikap bahasa terhadap bahasa Melayu siswa
jurusan bahasa Kadazandusun di sebuah institut pendidikan guru di daerah Tuaran. Reka bentuk
kajian yang diguna pakai adalah kajian kuantitatif bermakna analisis kepada data yang telah
dikutip juga kuantitatif sekali gus menjadikan penganalisisan data adalah kuantitatif juga. Teknik
analisis yang diguna pakai pula adalah regresi linear sederhana dengan korelasi linear di antara
satu pemboleh ubah bebas (X) dengan pemboleh ubah bersandar (Y). Keputusan akhir kajian
menunjukkan nilai 4.364 adalah malar (constant) dan nilai pengaruh terhadap sikap terhadap
bahasa Melayu adalah 0.776. Nilai persamaan regresi dibentuk menjadi Y= 4.364 + 0.776X di mana
Y adalah kemampuan untuk bercakap dalam bahasa Melayu manakala X adalah sikap terhadap
bahasa Melayu. Daripada persamaan tersebut, dapat dilihat pekali regresi adalah positif. Hal ini
bermaksud pemboleh ubah X berpengaruh positif terhadap pemboleh ubah Y. Dengan kata lain,
boleh disimpulkan bahawa sikap bahasa terhadap bahasa Melayu responden berpengaruh
dengan ketara mengikut kemampuan berbahasa Melayu di mana nilai pengaruhannya adalah
0.776. Justeru, setiap kenaikan 1 skor pemboleh ubah X, sikap terhadap bahasa Melayu dapat
meningkatkan nilai 0.776 skor pemboleh ubah Y, kemampuan berbahasa Melayu. Keputusan ini
selari dengan data kajian yang diambil daripada soal selidik iaitu 86% siswa Kadazandusun
mengakui bahawa kemahiran berbahasa Melayu yang mereka miliki mendapat pengaruh daripada
sikap mereka terhadap bahasa Melayu iaitu dengan menggunakan bahasa Melayu dalam
perbualan seharian (kesetiaan kepada negara), menanam rasa cinta terhadap bahasa Melayu
(berbangga dengan bahasa) dan berusaha mempelajari tatabahasa bahasa Melayu.


MUHAMMAD EMIR IKHMAL BIN ISMAIL
NAMA PENYELIA: EN. ISMAIL BIN AG PIUT
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
PENGARUH SIKAP BAHASA MELAYU TERHADAP BAHASA
MELAYU SISWA JURUSAN BAHASA KADAZANDUSUN DI SEBUAH
INSTITUT PENDIDIKAN DAERAH TUARAN
Free download pdf