KATA-KATA ALUAN, PENGERUSI
JAWATANKUASA INDUK
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
Salam sejahtera dan salam Kent, Kerana Engkau Nama Terbilang.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberikan
kesempatan untuk mengabadikan kata-kata aluan dalam buku program Seminar
Penyelidikan Pendidikan PISMP Ambilan Jun 2019 ini. Syabas dan Tahniah saya
ucapkan kepada semua pembentang dan Jawatankuasa Pelaksana kerana telah
menyempurnakan seminar ini dengan jayanya.
Seminar pada kali ini bakal menghimpunkan 60 kajian daripada guru pelatih akhir
tahun. Hasil kajian-kajian ini akhirnya akan dibukukan dalam koleksi penyelidikan
mengikut bidang major masing-masing. Hal ini selaras dengan tuntutan kurikulum
yang mana setiap pelatih perlu merancang dan seterusnya melaksanakan kajian
tersebut.
Penyelidikan yang dijalankan oleh setiap para pelatih ini bukan sahaja sebagai
syarat untuk dianugerahkan segulung ijazah tetapi ia juga bertujuan untuk memberi
peluang kepada guru pelatih untuk menambah baik amalan pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Saya juga berharap pada akhir seminar ini, para
guru pelatih memperolehi pengetahuan dan pengalaman yang bermakna sepanjang
proses melaksanakan kajian.
Ahir kata, saya selaku penyelaras Seminar Penyelidikan mengucapkan
setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam memberikan
sumbangan, bimbingan dan komitmen sepanjang seminar penyelidikan ini kerana
tanpa kamu semua, Seminar Penyelidikan PISMP Ambilan Jun 2019 tidak akan
dapat direalisasikan. Sekian, terima kasih.
DR. SAIMIN GINSARI,
Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent.