Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1

ABSTRAK
Kesantunan berbahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab,
memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman
bicaranya. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap amalan kesantunan berbahasa guru-guru
praktikum di sekolah rendah. Data kuantitatif dikumpul melalui borang soal selidik berdasarkan
lima skala Likert yang mengandungi 20 item dari dua konstruk utama iaitu amalan kesantunan
berbahasa dan kesan amalan kesantunan berbahasa. Data diperoleh menggunakan borang soal
selidik secara atas talian iaitu google form. Responden terdiri daripada 152 orang guru pelatih IPG
Kampus Kent yang sedang menjalankan praktikum di sekolah rendah. Data juga dianalisis
menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27.0 untuk pemerihalan data
deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan kesantunan berbahasa guru
praktikum bagi tahap amalan kesantunan berbahasa (M = 4.73, SD = 0.311) dan kesan amalan
kesantunan berbahasa terhadap diri guru praktikum (M = 4.48, SD = 0.47). Dapatan kajian ini
diharapkan dapat dijadikan panduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pihak
pentadbir, dan guru terhadap amalan kesantunan berbahasa yang amat penting untuk diterapkan
dalam diri seseorang yang bergelar pendidik.


ALFIANI BINTI MANSHUR
NAMA PENYELIA: DR. EFFENDY BIN YUSUFF
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
PENERAPAN AKTIVITI KOMUNIKATIF DALAM PENGAJARAN
GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan untuk menghuraikan aktiviti komunikatif berdasarkan prinsip amalan
komunikatif Littlewood yang telah diterapkan dalam pengajaran oleh guru bahasa melayu
sekolah rendah. Subjek kajian merupakan seorang guru bahasa Melayu sekolah rendah di negeri
Sabah daerah Tuaran yang berpengalaman selama 38 tahun dalam perkhidmatan. Pengkaji
menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan melakukan pencerapan terhadap pengajaran
guru. Pengkaji turut melakukan temu bual dan penganalisisan dokumen. Pengkaji menganalisis
data cerapan dan dokumen berstruktur menggunakan kod penerangan. Data temu bual pula
ditranskripsikan terlebih dahulu sebelum diberi kod penerangan. Hasil kajian menunjukkan guru
yang dikaji telah mengamalkan kelima-lima prinsip amalan komunikatif dalam perancangan dan
pelaksanaan pengajarannya. Kelima-lima prinsip amalan komunikatif tersebut ialah; ( 1 ) bahasa
dipelajari dalam konteks yang bermakna, ( 2 ) bahasa yang digunakan merupakan sebuah teks atau
wacana yang merujuk kepada situasi yang sebenar, ( 3 ) PdP disesuaikan dengan keperluan dan
minat murid, ( 4 ) penggunaan bahasa untuk berkomunikasi memerlukan latihan kemahiran
komunikatif dan ( 5 ) guru berperanan sebagai fasilitator, pengurus, pendorong, dan penasihat.
Dapatan juga menunjukkan wujudnya penerapan aktiviti komunikatif oleh guru dalam pengajaran
bahasa Melayu dalam ketiga-tiga instrumen kajian yang digunakan. Kajian ini memperlihatkan
kepada kita betapa pentingnya prinsip amalan komunikatif diterapkan dalam pengajaran bahasa
Melayu. Penerapan aktiviti komunikatif dalam pengajaran bahasa Melayu akan membolehkan kita
merealisasikan matlamat pendidikan bahasa Negara, iaitu membina keterampilan berbahasa dan
berkomunikasi dalam kalangan murid.


AZLINA NIEH WAN SHIE BINTI ABBAS NIEH ABDULLAH
NAMA PENYELIA: DR. EFFENDY BIN YUSUFF
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
TAHAP AMALAN KESANTUNAN BERBAHASA GURU-GURU
PRAKTIKUM
DI SEKOLAH RENDAH
Free download pdf