Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid menguasai cara menulis
jawapan pemahaman bahasa Melayu dengan ayat lengkap menggunakan Rumus BaCaGaTT.
Rumus ini menggabungkan beberapa cara yang perlu diaplikasikan oleh murid untuk menulis
jawapan dengan ayat lengkap. Kajian ini melibatkan tiga orang murid Tahun 4 di sebuah sekolah
daerah Tuaran, Sabah. Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah pemerhatian, analisis
dokumen dan temu bual. Melalui penganalisisan data, didapati murid-murid menghadapi
masalah untuk menulis jawapan pemahaman dengan ayat yang lengkap. Mereka tidak dapat
menulis jawapan dengan ayat lengkap tanpa bimbingan. Berdasarkan masalah yang didapati,
Rumus BaCaGaTT telah dibina untuk memastikan murid menulis jawapan pemahaman dengan
ayat lengkap. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pada penguasaan
kemahiran menulis jawapan pemahaman dengan ayat lengkap terhadap murid tahun 4
menggunakan Rumus BaCaGaTT. Oleh itu, pengkaji telah memperbaiki amalan dalam pengajaran
kemahiran menulis ayat lengkap dengan menggunakan Rumus BaCaGaTT yang telah dibina.


BALLINDA MICHAEL FRANCIS
NAMA PENYELIA: DR. EFFENDY BIN YUSUFF
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
PENGARUH KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA BAHASA
IBUNDA PELAJAR CINA DALAM PERTUTURAN BAHASA MELAYU
DI IPG KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
ABSTRAK
Penggunaan bahasa Melayu menjadi satu cabaran kepada masyarakat bukan penutur asli atau
lebih dikenali sebagai penutur bahasa kedua kerana mereka menghadapi gangguan atau
pengalihan bahasa daripada bahasa pertama mereka. Proses pembelajaran bahasa kedua
seorang individu itu pasti akan kerap melakukan kesilapan akibat daripada pengaruh bahasa
ibundanya. Oleh itu, kajian kes ‘Pengaruh Kata Ganti Nama Diri Pertama Bahasa Ibunda Pelajar
Cina dalam Pertuturan Bahasa Melayu di IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah’ ini dijalankan untuk
mengenal pasti kata ganti nama diri pertama bahasa Melayu yang salah digunakan oleh pelajar
Cina dan seterusnya memerihalkan penggunaan kata ganti nama diri pertama tersebut. Selain itu,
kajian ini juga dijalankan untuk menganalisis punca kesalahan dalam penggunaan kata ganti nama
diri pertama tersebut dalam pertuturan bahasa Melayu pelajar Cina di IPG Kampus Kent, Tuaran,
Sabah itu sendiri. Kajian kes ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Kajian
kes ini juga telah dijalankan terhadap dua orang pelajar berbangsa Cina berumur 18 hingga 20
tahun yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pertamanya, mempelajari bahasa Melayu
secara pendidikan formal dan bukan pelajar major Bahasa Melayu di IPG Kampus Kent, Tuaran,
Sabah. Data kajian dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen
untuk menyokong dan meningkatkan kebolehpercayaan data kajian. Hasil kajian mendapati
bahawa bahasa ibunda pelajar Cina memberi pengaruh yang ketara dalam penggunaan kata ganti
nama diri pertama bahasa Melayu mereka sehingga dapat dilihat berlaku kesalahan terhadap
penggunaannya. Hasil kajian juga mendapati bahawa kesalahan penggunaan kata ganti nama diri
pertama bahasa Melayu itu dapat dikategorikan dalam beberapa situasi penggunaannya dan
punca kesalahan terhadap penggunaan kata ganti nama diri pertama dalam pertuturan bahasa
Melayu pelajar itu juga dapat dianalisis.

MIMI HASLEYANIE
NAMA PENYELIA: DR. EFFENDY BIN YUSUFF
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS
JAWAPAN PEMAHAMAN BAHASA MELAYU DENGAN AYAT
LENGKAP MENGGUNAKAN RUMUS BaCaGaTT.
Free download pdf