Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1

ABSTRAK
Pengintegrasian permainan digital digunakan sebagai satu pendekatan pendidikan untuk
memberikan motivasi kepada pelajar serta fokus terhadap pembelajaran dan pengajaran dengan
menggunakan unsur permainan dalam proses PdP .Oleh itu kajian ini membincangkan
keberkesanan pendekatan permainan digital bagi subjek bahasa melayu sekolah rendah dalam
kalangan siswa guru pelatih IPG Kampus Kent yang sudah menjalani praktikum.Ini kerana kaedah
pengajaran kini menjadi satu aspek penting dalam menarik minat pelajar seiiring dengan
perkembangan teknologi maklumat komunikasi (TMK). Seramai 120 orang siswa guru pelatih dari
unit ambilan bahasa melayu tahun 2019 dan ambilan bahasa melayu tahun 2020 telah dipilih
secara rawak sebagai sampel kajian .Selain itu juga,kajian ini menilai tahap pengetahuan,serta
amalan responden tentang pengintegrasian permainan digital dalam pdp bahasa
melayu.Pendekatan kuantitatif dan kualitatif digunakan bagi menjawab persoalan dalam kajian
ini.Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara pengetahuan, amalan serta
kekangan dalam pelaksanaan pengintegrasian permainan digital dalam pdp bahasa melayu.Secara
keseluruhannya pelaksanaan pengintegrasian permainan digital ini perlu dipertingkatkan serta
releven untuk diteruskan dalam kurikulum pendidikan bagi meningkatkan kesedaran dalam
kalangan tenaga pengajar tentang kepentingan pengintegrasian permainan digital (TMK) kepada
pelajar.Oleh itu ianya perlu diperkukuhkan lagi bagi meningkatkan lagi keyakinan dan kepuasan
pelajar serta perlu disesuaikan dengan kaedah yang terkini seperti pelaksanaan pengintegrasian
permainan digital dalam pdp bahasa melayu.


MUHAMMAD NOR IMAN BIN MOHD FADZLI
NAMA PENYELIA: DR. EFFENDY BIN YUSUFF
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
PROFESIENSI KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA MELAYU GURU
PELATIH BUKAN PENUTUR NATIF DI INSTITUT PENDIDIKAN
GURU KAMPUS KENT (KAJIAN KES)
ABSTRAK
Tahap profesiensi kemahiran bertutur bagi penutur bukan natif semakin hari dilihatkan semakin
membimbangkan terutama terdapat masih ramai penutur bukan natif di peringkat universiti atau
pengajian tinggi yang masih tidak dapat menguasai kemahiran berbahasa ini khususnya kemahiran
bertutur. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti asas kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu
guru pelatih bukan penutur jati di IPG Kampus Kent serta mengkaji faktor-faktor yang
mempengaruhi guru pelatih bukan penutur natif di IPG Kampus Kent dalam penguasaan kemahiran
bertutur. Selanjutnya, Teori Analisis Kesalahan Bahasa Corder ( 1973 ) dan Teori Analisis Kesalahan
Bahasa Lufti Abas ( 1987 ) menjadi panduan utama dalam memastikan objektif kajian ini dapat
tercapai. Seramai 3 orang informan yang terdiri daripada guru pelatih bukan penutur natif IPG
Kampus Kent terlibat dalam kajian ini. Kajian ini merupakan kajian kes yang berbentuk kualtitatif
yang menerapkan dua kaedah mengumpul data iaitu melalui pemerhatian serta temu bual
berstruktur. Instrumen yang digunakan ialah rakaman melalui telefon pintar dan soalan Ujian
Bertutur bahasa Melayu (U 3 B). Bukan itu sahaja, melalui penelitian dan penghasilan data yang
dikumpul, kajian ini ternyata berbeza dengan kajian-kajian yang lepas kerana hasil daripada
beberapa sumber yang dicari oleh pengkaji berkaitan tentang profesiensi kemahiran bertutur
pelajar, setakat ini pengkaji masih belum menemui kajian yang dilakukan kepada pelajar bukan
penutur bukan natif khususnya pelajar IPG. Pengkaji turut mendapati bahawa, kajian-kajian lepas
lebih berfokuskan kepada kemahiran berbahasa misalnya membaca dan menulis berbanding
kemahiran bertutur. Justeru itu, pengkaji berharap melalui kajian yang dilakukan ini dapat
membantu pengkaji yang akan datang untuk menjalankan kajian baharu terhadap guru pelatih
penutur bukan natif.


MUHAMMAD AIMAN HAKIMI BIN JAIS
NAMA PENYELIA: DR. EFFENDY BIN YUSUFF
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
KONSEPSI SISWA GURU TERHADAP PERLAKSANAAN
PENGINTEGRASIAN PERMAINAN DIGITAL DALAM PDP BAHASA
MELAYU
Free download pdf