Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1

Kesantunan bahasa merujuk pada penggunaan bahasa yang sopan dan tidak mengguris hati
orang lain. Ia merupakan satu cara yang boleh mengeratkan hubungan komunikasi antara
masyarakat. Salah satu aspek yang boleh memperlihatkan kesantunan bahasa ialah melalui
penggunaan kata panggilan atau kata sapaan dalam sesebuah komunikasi. Kata panggilan ini
adalah kata atau nama yang digunakan untuk memanggil atau menyapa seseorang selain
daripada nama penuh mereka. Kata panggilan ini biasanya digunakan dalam sesebuah hubungan
kekeluargaan, golongan yang lebih tua atau lebih muda atau dengan sesiapa sahaja. Berikutan
dengan itu, kajian ini dilaksanakan di Kampung Daramakan Ranau untuk mengetahui konsep
kesantunan bahasa melalui penggunaan kata panggilan, mengenalpasti contoh-contoh
penggunaan kata panggilan mengikut kategori dan juga melihat kesan daripada penggunaan kata
panggilan di Kampung Daramakan, Ranau. Kajian ini merupakan sebuah kajian kes yang telah
menggunakan metodologi kualitatif. Data dikumpul melalui kajian lapangan dengan menggunakan
kaedah pengumpulan data iaitu kajian perpustakaan, pemerhatian, temu bual dan juga rakaman
yang dijalankan kepada tiga informan berumur 40-60 tahun dan dua orang informan 15 -25 tahun.
Hasil kajian ini dapat mengenalpasti beberapa contoh kata panggilan mengikut kategori yang
digunakan oleh masyarakat Dusun di Kampung Daramakan, Ranau. Kajian ini juga dapat
memperlihatkan kesan penggunaan kata panggilan dalam sesebuah perhubungan atau
komunikasi. Hasil kajian ini boleh dikongsikan kepada orang lain sebagai satu contoh dan teladan
yang boleh diikuti agar dapat mewujudkan satu hubungan yang lebih baik lebih-lebih lagi dalam
kalangan masyarakat Dusunik di Sabah.


ELVIANA GUNONG
NAMA PENYELIA: EN. AMIDY MALAGOB
JABATAN BAHASA KADAZANDUSUN
RARAPAON SUANG TALUN ID KAMPUNG BUNDU, TAMPARULI

ABSTRAK
Kajian ini berkaitan dengan kearifan lokal masyarakat Kadazandusun mengenai sayur-sayuran di
kawasan hutan. Terdapat banyak jenis sayur-sayuran di kawasan hutan yang menjadi sumber
makanan pada masa dahulu. Tetapi kebanyakkan orang pada zaman sekarang tidak lagi mengenali
sayur-sayuran di kawasan hutan terutama sekali golongan muda.Kajian ini dilakukan untuk
mengenali dan mengetahui sayur-sayuran dan nama sayur yang boleh di dapati di kawasan hutan
Kampung Bundu Tohuri Tamparuli. Selain daripada itu, kajian ini juga dilakukan untuk mengetahui
lauk-pauk yang boleh terhasil daripada sayur-sayuran tersebut. Jenis kajian yang dilakukan ialah
penyelidikan etnografi yang menggunakan pendekatan kualititaf. Kaedah pengumpulan data pula
dilakukan melalui temu bual, pemerhatian di kawasan lapangan dan juga kaedah kepustakaan.
Hasil daripada mengumpulan data yang telah dilakukan terdapat sebanyak 30 jenis sayur-
sayuran di kawasan hutan Kampung Bundu Tohuri yang boleh dikategorikan dengan sayur jenis
kulat, pucuk, bunga, buah dan juga sayuran yang hidup pada dahan. Sayur-sayuran di kawasan
hutan ini juga dibahagikan lagi mengikut lauk pauk yang boleh dijadikan sup, dipanggang,
perencah dalam masakan, dijadikan kerabu ataupun ditumis dengan bahan lain. Pelaksanaan
kajian ini diharapkan dapat membantu menambah pengetahuan kepada masyarakat diluar sana
berkenaan dengan sayur-sayuran di kawasan hutan dan sekaligus menjadi rujukan kepada
mereka.


NELLEZIA JAIMUN
NAMA PENYELIA: EN. AMIDY MALAGOB
JABATAN BAHASA KADAZANDUSUN
KOLINUUDAN BOROS MAYA KOPOMOGUNAAN BOROS
POMOLOHOU ID KAMPUNG DARAMAKAN RANAU: ISO
PONORIUKAN KES
Free download pdf