Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Allhamdulilah, segala puji dan syukur kepada Allah dengan limpah dan kurnia-Nya,
saya berpeluang untuk merakamkan sekalung penghargaan kepada warga IPG
kampus Kent khususnya Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme
Keguruan (JPIPK) yang memberi peluang kepada saya untuk mengetuai Seminar
penyelidikan pendidikan PISMP Ambilan Jun 2018. Setinggi-tinggi penghargaan dan
syabas saya ucapkan kepada jawatankuasa kerja seminar kerana telah berjaya
melaksanakan seminar penyelidikan pendidikan pada tahun ini.
Tema “Integrasi Teknologi Memangkin Pembelajaran Global” ini amat dilihat
sangat signifikan dengan usaha melestarikan budaya penyelidikan dan inovasi
pedagogi dalam kalangan siswa pendidik. Hal ini kerana, penyelidikan pendidikan
merupakan satu aktiviti penyelesaian masalah serta kegiatan memahami sesebuah
fenomena yang dikaji yang seterusnya membawa kepada pengetahuan dan
penemuan baharu. Perbahasan dan perkongsian berkaitan dapatan kajian pastinya
dapat memperkayakan lagi khazanah ilmu pengetahuan, kemahiran dan
kompetensi yang dimiliki oleh siswa pendidik. Oleh itu, penganjuran seminar
seperti ini akan menjadi wacana untuk siswa pendidik berhimpun dengan tujuan
mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam dunia pendidikan.
Dalam kesempatan yang diberikan ini, saya ingin menitipkan ucapan tahniah dan
penghargaan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak
langsung dalam menjayakan program ini. Tanpa sokongan dan tanggungjawab daripada
semua pihak , program ini pastinya tidak dapat berlangsung dengan jayanya. Mengakhiri
ucapan ini, saya ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekhilafan dan
kepincangan sepanjang saya mengemudikan seminar ini. Sesungguhnya segala yang baik itu
daripada Allah SWT dan yang kurang itu adalah daripada kelemahan saya selaku pengerusi.
Sekian, terima kasih.
EIMAN HANAFI BIN MOHD EFFENDI,
Pengerusi Jawatankuasa Kerja ,
Seminar Penyelidikan Pendidikan PISMP Ambilan Jun 2019.
SEPATAH DUA KATA, PENGERUSI
JAWATANKUASA
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN