Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1

Masyarakat Kadazandusun sejak dahulu menggunakan perubatan tradisi dalam menjaga
kesihatan tubuh badan. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui perubatan tradisional yang
digunakan oleh suku kaum Dusun Tindal di Kg Kiau Nuluh, Kota Belud dalam menyembuhkan
penyakit. Masa kini, pengetahuan generasi muda mengenai perubatan tradisional semakin
berkurang. Jadi, objektif kajian ini ialah mengetahui cara perubatan tradisional yang digunakan,
proses melakukan perubatan tradisional dan kepentingannya. Kajian ini menggunakan kaedah
etnografi dalam bentuk kualitatif dan menggunakan kaedah temubual, pemerhatian, analisis
dokumen dan perpustakaan. Hasil kajian menunjukkan tiga jenis perubatan tradisional yang
digunakan iaitu menggunakan tumbuh-tumbuhan seperti gosing dan roun malasia dalam
menghentikan darah pada luka, menggunakan haiwan dan serangga dan juga mantera (rinait).
Setiap proses melakukan perubatan tradisional itu adalah berbeza-beza seperti akan ditumbuk
terlebih dahulu kemudian ditampalkan pada bahagian luka. Kepentingan kajian ini adalah
memperbanyakkan pengetahuan mengenai kaedah perubatan, mengembalikan minat generasi
muda mengamalkan amalan nenek moyang dan menjadi sumber rujukan masyarakat. Diharapkan
kajian ini dapat membantu masyarakat untuk lebih mengetahui kaedah perubatan dalam
menyembuhkan penyakit supaya identiti kehidupan kaum Kadazandusun tidak akan hilang.


ANNUNCIATOKADE JUDE LINGGOHUN
NAMA PENYELIA: PN. LINAH BAGU @ SITI NURLINA ABDULLAH
JABATAN BAHASA KADAZANDUSUN
PIROMUTAN TOLINUUD MOKIIKINOBOS DUSUN ID IPG DI
MOMOGUNO PANAKATANDA TOLINUUD

ABSTRAK
Kesantunan adalah sifat sesuatu bahasa dan peribadi seseorang yang kemas, santun serta sopan
(Faridah Nazir et. al, 2015 ). Politeness markers atau penanda santun merupakan “ekspresi
linguistik” yang bertujuan untuk menunjukkan kesantunan (Watts, 2003 ). Oleh itu, kajian yang
dijalankan adalah tentang kesantunan bahasa bagi pelajar IPG yang menggunakan penanda
santun dengan meninjau pergaulan setiap hari, perbezaan berdasarkan jantina serta kesan.
Seramai 72 pelajar Dusun dipilih merujuk jadual persampelan Krejcie dan Morgan ( 1970 ) dengan
hasil dapatan yang dikumpul melalui borang soal selidik, temu bual semi-struktur dan senarai
semak. Analisis data yang mengunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) edisi ke- 27
ini menunjukkan bahawa tahap persetujuan pelajar adalah tinggi terhadap amalan penggunaan
penanda santun dalam pergaulan seharian seperti bersama keluarga (M= 3. 33 , SP= 0. 458 ), dalam
kalangan pelajar (M= 3. 31 , SP= 0. 506 ) serta dalam kalangan warga IPG (M= 3. 56 , SP= 0. 429 ). Dengan
itu, penggunaan penanda santun dalam pergaulan seharian amat penting bagi pelajar Dusun
sebagai cara mereka untuk menjaga “muka” dalam sesebuah komunikasi lisan di IPG dan
mengelak daripada merosakkan sesebuah komunikasi. Dapatan kajian dianalisis berasaskan Teori
Kesantunan (Brown & Levinson, 1987 ). Kesimpulannya, amalan penggunaan penanda santun
dalam pergaulan seharian sangat penting kerana boleh memperlihatkan peribadi bangsa Kadazan
Dusun yang sopan santun.


STEPHANIE RAYNER
NAMA PENYELIA: PN. LINAH BAGU @ SITI NURLINA ABDULLAH
JABATAN BAHASA KADAZANDUSUN
PONGUSAPAN SANDAD MOMOLINGOS TORUURUOL
MOGIIGION DUSUN TINDAL ID KG KIAU NULUH, KOTA BELUD.
Free download pdf