Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui adat-istiadat dan ritual perkahwinan tradisional
masyarakat Dusun (Bundu) di Kampung Lokos, Tamparuli Sabah. Masalah yang ingin diatasi oleh
penyelidik ialah mengelakkan adat-istiadat KD hilang ditelan zaman dan membukukan adat-
istiadat tradisional khususnya dalam adat-istiadat dan ritual perkahwinan. Kajian ini juga
bertujuan untuk mengetahui dengan lebih teliti adat-istiadat pada masa dahulu dan merungkai
ritual perkahwinan tradisional serta untuk mencari bahan untuk membukukan adat-istiadat
secara ilmiah. Metodologi kajian adalah kajian etnografi kualitatif. Instrumen pengumpulan data
yang digunakan adalah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Analisis data yang
digunakan pula adalah transkripsi temu bual, senarai semak pemerhatian dan triangulasi data.
Dapatan kajian menjelaskan terdapat dua belas pantang larang semasa ritual perkahwinan
tradisional, manakala terdapat dua peringkat ritual perkahwinan tradisional iaitu ‘Momuhaboi’
dan ‘Moi Panau’. ‘Momuhaboi’ adalah dimana proses meminang yang hanya dihadiri oleh kedua-
dua ibu bapa lelaki dan perempuan sahaja dan tanpa pengetahuan sesiapa termasuk bakal
pengantin. ‘Moi Panau’ adalah upacara perkahwinan yang berlangsung selama tiga hari. Melalui
penyelidikan dapat dilihat bahawa terdapat perbezaan antara perkahwinan tradisional dan
perkahwinan moden. Dapatan kajian yang diperoleh dapat digunakan untuk permulaan
pembukuan ritual perkahwinan KD dari tradisional sehingga kini. Selain daripada itu, kajian boleh
diperluaskan di seluruh pelusuk negeri Sabah untuk memperlihatkan keunikan ritual perkahwinan
tradisional mahupun moden KD di negeri Sabah selain daripada mengambil nilai murni melalui
perkahwinan tradisional masyarakat KD.


ALESSANDRA DOMISSIN
NAMA PENYELIA: PN. LINAH BAGU @ SITI NURLINA ABDULLAH
JABATAN BAHASA KADAZANDUSUN
SISINDION TUNGKUS KOMOLOHINGAN II GUNOON MASO
MOGITIITIMUNG ID KAMPUNG TOGUDON PENAMPANG SABAH
ABSTRAK
Sisindion atau sisindiron merupakan salah satu puisi bagi kaum Kadazan Dusun. Di Kampung
Togudon, Penampang, sisindion akan digunakan semasa perkumpulan keluarga, jiran tetangga
dan majlis keramaian. Namun, semakin sedikit masyarakat yang tahu mendeklamasikan puisi
tradisi, lebih-lebih lagi dalam kalangan generasi muda. Sisindion yang digunakan pada masa kini
lebih menyerupai puisi Melayu yang dikenali sebagai sajak. Oleh itu, penyelidikan etnografi ini
bertujuan untuk menambah pengetahuan tentang jenis sisindion, tujuan ianya digunakan dan
cara memahami sisindion. Melalui penyelidikan yang telah dijalankan di Kampung Togudon
Penampang, tiga jenis sisindion yang sering digunakan adalah ponompulangad, pamaramai dan
pananansawo. Sisindion akan digunakan untuk mengisi waktu semasa berkumpul kerana sisindion
merupakan muzik utama kepada masyarakat dahulu. Selain itu, sisindion juga digunakan untuk
meluahkan isi hati dan memberi nasihat. Untuk memahami sisindion dengan lebih baik, individu
tersebut perlu berhubung terus dengan generasi tua yang berpengetahuan tinggi dalam memberi
maksud sesuatu sisindion dan ianya perlu membuat penulisan agar ianya kekal dan boleh dirujuk
semula. Kesimpulannya, penyelidikan ini dapat memberi keterangan yang baik mengenai
sisindion warisan daripada nenek moyang di Kampung Togudon, Penampang. Diharapkan
penyelidikan ini dapat menjadi pendorong untuk meneruskan budaya warisan kaum Kadazan
Dusun.


JACK OSWALD JUDE
NAMA PENYELIA: EN. JOHN BIN GITOM
JABATAN BAHASA KADAZANDUSUN
ADAT-ISTIADAT DAN RITUAL PERKAHWINAN TRADISIONAL
MASYARAKAT DUSUN (BUNDU) DI KAMPUNG LOKOS
TAMPARULI, SABAH
Free download pdf