Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1

Seperti yang kita lihat pada masa kini, status Bahasa Kadazandusun sebagai identiti kepada
bangsa Kadazan dan Dusun ini semakin merundum berikutan dengan generasi-generasi muda
yang tidak tahu bertutur dalam Bahasa Kadazandusun. Malahan, warga-warga asing yang ada di
Sabah adalah lebih mahir bertutur dalam Bahasa Kadazandusun berbanding dengan bangsa
Kadazan dan Dusun itu sendiri. Ekoran daripada itu, kajian ini adalah dijalankan untuk mengetahui
bagaimana warga asing yang berbangsa Timur, Iban dan Suluk telah mempelajari dialek Dusun
Bundu yang bertempat di Kampung Rungus Topokon, Sabah. Reka bentuk bagi kajian ini adalah
kajian kes dengan menggunakan pendekatan mix-method. Kajian ini adalah dijalankan dengan
berlandaskan kepada dua objektif utama kajian iaitu mengetahui bagaimana warga asing yang
berbangsa Timur, Iban dan Suluk telah mempelajari dialek Dusun Bundu dan juga menghuraikan
ketepatan tatabahasa dialek Dusun Bundu yang telah dipelajari oleh warga asing tersebut
berdasarkan kepada tatabahasa Bahasa Kadazandasun melalui aspek Fonetik dan Fonologi,
Sintaksis dan Morfologi. Oleh kerana pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah
pendekatan mix-method, maka instrumen pengumpulan data yang telah digunakan dalam
melaksanakan kajian ini adalah seperti temubual, borang soal selidik dan borang penyemakan
ketepatan tatabahasa dialek Dusun Bundu yang telah dipelajari oleh warga-warga asing
berdasarkan kepada tatabahasa Bahasa Kadazandusun. Melalui daripada kajian yang telah
dijalankan, kesemua responden warga asing yang telah ditemubual sudah pun menetap di
Kampung Rungus Topokon, Sabah selama lebih daripada 10 tahun. Para warga asing yang telah
ditemubual tersebut adalah merupakan warga asing yang telah berkahwin campur dengan
bangsa Kadazan dan Dusun. Selain itu, para warga asing itu juga telah memahiri dialek Dusun
Bundu’ memandangkan mereka berada di persekitaran yang dikelilingi oleh orang-orang yang
bertutur dalam dialek Dusun Bundu’ tersebut seperti keluarga mereka sendiri dan juga para
penduduk kampung. Justeru, bangsa Kadazan dan Dusun haruslah mengambil iktibar daripada
warga-warga asing yang mahir bertutur dalam Bahasa Kadazandusun tersebut supaya bahasa
yang telah kita warisi daripada nenek moyang kita tidak hilang dek kerana zaman.


NUR AIN SIMAN
NAMA PENYELIA: EN. JOHN BIN GITOM
JABATAN BAHASA KADAZANDUSUN
JADUAL MaNgaNu TUA’: POPOINGKAWAS KABAALAN MONUAT
PANANDATAN KINULUDAN MSO DO TANGAANAK TOUN 3
SIKUL ID WATAS TUARAN
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis murid dalam penulisan ayat
berstruktur MSO (Kata kerja, Subjek, Objek) dan meningkatkan pengetahuan murid tentang
struktur MSO melalui pelaksanaan intervensi dengan menggunakan Jadual MaNgaNu Tua’. Kajian
ini menggunakan metodologi kajian kualitatif kaedah tindakan. Seramai dua orang murid Tahun 3
dari sebuah sekolah di Daerah Tuaran telah menjadi peserta kajian. Kaedah pengumpulan data
yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian menulis pra dan ujian menulis pos, temubual dan
pemerhatian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Asil analisis data
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan positif peserta di mana kedua-dua peserta dapat
mencapai objektif dalam kajian ini. Jadi, Jadual MaNgaNu Tua’ ini telah berjaya menjadi satu
intervensi baru untuk membentuk murid yang berkemahiran dalam menulis ayat berstruktur
MSO dengan betul serta mempunyai pengetahuan tentang struktur MSO yang betul. Selain itu,
intervensi ini juga dapat meningkatkan kemahiran bahasa murid agar murid dapat menggunakan
bahasa Kadazandusun dengan betul dan teratur dalam kehidupan seharian.


NORINA DAIMEL
NAMA PENYELIA: EN. JOHN BIN GITOM
JABATAN BAHASA KADAZANDUSUN
PEMBELAJARAN OLEH WARGA ASING BERKENAAN DENGAN
DIALEK DUSUN BUNDU DI KAMPUNG RUNGUS TOPOKON,
SABAH.
Free download pdf