Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui bahasa dominan yang digunakan semasa berkomunikasi
oleh murid berbangsa Dusun Tahun 6 yang berada di sekolah rendah di Mukim Timbua, Ranau.
Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pengunaan bahasa
dominan dalam komunikasi murid Dusun Tahun 6 serta perbezaan bahasa dominan yang
digunakan dalam tiga sekolah rendah di Mukim Timbua, Ranau yang dipilih oleh pengkaji. Kajian
ini merupakan satu kajian tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif mix
method. Pengumpulan data kajian dijalankan melalui kaedah temu bual dan borang soal selidik.
Sekolah rendah yang dipilih adalah Sekolah Kebangsaan Timbua, Sekolah Kebangsaan Tarawas,
Sekolah Kebangsaan Tibabar ketiga-tiga ini berada di mukim Timbua, Ranau. Seramai 87 daripada
97 murid Dusun telah dipilih dengan merujuk jadual penentuan saiz sampel Krejcie & Morgan
(1970). Seramai 6 orang telah dipilih untuk di temu bual. Dapatan kajian di analisis menggunakan
Standard Pakage for the Social Science (SPSS). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa lebih
ramai murid menggunakan Bahasa Melayu berbanding Bahasa Kadazandusun sebagai bahasa
dominan. Walau bagaimanapun, masih ada murid yang tetap menggunakan Bahasa
Kadazandusun sebagai bahasa dominan. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan berapa faktor
yang menyebabkan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa dominan begitu juga dengan faktor
yang menyebabkan murid masih menggunakan Bahasa Kadazandusun sebagai bahasa dominan.
Faktor-faktor tersebut adalah faktor keluarga, faktor sekolah, faktor motivasi dan faktor
teknologi.


NADHIRAH AFIFAH BINTI AMIDIN
NAMA PENYELIA: DR. WILFRED BIN DOUSIP
JABATAN BAHASA KADAZANDUSUN
MOTIVASI OM KOMILAAN TUKADAN BOROS KADAZANDUSUN
TANGAANAK SIKUL TAKAWAS ID SMK TIMBUA RANAU, SABAH.
ABSTRAK
Peribahasa merupakan salah satu kesusasteraan dalam budaya bangsa Kadazan Dusun sejak dari
dahulu lagi. Penggunaan peribahasa ini juga cerminan ketinggian intelek manusia dalam
mengungkapkan pemikiran, perasaan, emosi dan harapan. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui
penguasaan peribahasa bahasa Kadazandusun dalam kalangan murid tingkatan empat di SMK
Timbua Ranau, Sabah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui cara murid mempelajari
peribahasa Bahasa Kadazandusun serta cara guru memotivasikan dalam pembelajaran dan
pengajaran. Dalam kajian ini responden bertumpu kepada murid tingkatan empat yang
mengambil elektif Bahasa Kadazandusun di sekolah seramai 26 orang dan seorang guru yang
mengajar mata pelajaran Bahasa Kadazandusun tingkatan empat. Dapatan kajian dipilih
menggunakan pendekatan kuantitatif berdasarkan Standard Package fo the Social Science (SPSS)
dan kualitatif menggunakan kaedah tematik. Dapatan kajian menunjukkan lebih ramai murid yang
mempunyai penguasaan peribahasa yang tinggi. Kebanyakkan murid juga didapati mempelajari
peribahasa ini di sekolah melalui proses pembelajaran di sekolah dan juga melalui ibu bapa.
Dapatan temubual guru menunjukkan bahawa guru meningkatkan motivasi murid dalam
pembelajaran peribahasa di sekolah melalui cara memberikan motivasi ektrinsik dimana guru
memberikan pujian dan ganjaran kepada murid. Kesimpulannya, kajian ini memberikan implikasi
kepada pembelajaran murid di sekolah berkaitan dengan peribahasa Bahasa Kadazandusun
disamping penekanan terhadap cara guru meningkatkan motivasi kepada murid dalam
pembelajaran dan pengajaran peribahasa bahasa Kadazandusun.


HAIKAL FAIZ BIN ABDUL LATIFF
NAMA PENYELIA: DR. WILFRED BIN DOUSIP
JABATAN BAHASA KADAZANDUSUN
BOROS DOMINAN ID PILUMAAGAN TANGAANAK TINARU
DUSUN TOUN 6 ID SIKUL TOSIRIBA WATAS TIMBUA, RANAU.
Free download pdf