Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1

ABSTRAK
Kajian ini mengenai penggunaan dan tahap keterancaman Bahasa Kadazandusun dalam domain
keluarga kaum Dusun di Kampung Tapatau, Kiulu, Sabah. Permasalahan kajian yang dikesan melalui
pemerhatian penyelidik adalah bahasa ibunda kaum Dusun semakin kurang dituturkan oleh
masyarakat di lokasi tersebut terutama sekali dalam kalangan generasi masa kini dan persoalan
timbul adakah bahasa ini diancam kepupusan di tempat tersebut. Tahap keterancaman bahasa
Kadazandusun dapat dilihat melalui analisis penggunaan bahasa dalam domain keluarga. Hal ini
kerana kepupusan bahasa ini bermula dari penggunaan bahasa di rumah atau dalam domain keluarga.
Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keterancamanan bahasa melalui
penggunaan bahasa Kadazandusun dalam keluarga. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk
meninjau secara meluas terhadap penggunaan bahasa Kadazandusun dalam dua kumpulan umur iaitu
golongan muda (13-26 tahun) dan golongan dewasa-tua (27-65 tahun) melalui data penggunaan
bahasa Kadazandusun dalam domain keluarga. Tahap keterancaman bahasa ini dirujuk melalui teori
vitaliti bahasa yang dinyatakan oleh UNESCO. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah
kajian tinjauan dan kaedah pengumpulan data secara kuantitatif iaitu menggunakan instrumen soal
selidik. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi semua item soal selidik adalah 0.94. Data
dianalisis menggunakan analisis deskriptif iaitu min, sisihan piawai dan peratus. Dapatan kajian adalah
melalui hasil analisis instrumen menggunakan Microsoft SPSS. Hasil analisis data, min tertinggi adalah
semasa datuk dan nenek berkomunikasi dengan responden iaitu 4.12 manakala min terendah adalah
semasa responden berkomunikasi dengan bapa iaitu 3.53. Melalui nilai min itu, dapat dilihat bahawa
tahap keterancaman Bahasa Kadazandusun dalam domain keluarga kaum Dusun di Kampung
Tapatau, Kiulu adalah pada tahap yang sedikit terancam kerana kebanyakan golongan lebih dewasa
yang menggunakan bahasa Kadazandusun berbanding golongan muda.


CORNELIUS SYLVESTER
NAMA PENYELIA: DR. WILFRED BIN DOUSIP
JABATAN BAHASA KADAZANDUSUN
TAANG KABAALAN MOMOGUNO INTERNET OM WOYO MOKIIKINOBOS
BOROS KADAZANDUSUN (BKD) KUMAA POMOGUNAAN INTERNET ID
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN
ABSTRAK
Penggunaan internet semakin menjadi penting kepada manusia hari ini. Oleh itu, kemahiran
menggunakan internet merupakan keperluan dalam dunia globalisasi lebih-lebih lagi dalam bidang
pendidikan. Tidak dinafikan bahawa penggunaan internet adalah salah satu pendekatan
pembelajaran yang bersesuaian dengan sistem pendidikan kini. Namun begitu, kajian mengenai
kemahiran menggunakan internet dalam kalangan guru pelatih Bahasa Kadazandusun di Institut
Pendidikan Guru Kampus Kent belum pernah dijalankan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau
tahap kemahiran menggunakan internet dan sikap guru pelatih Bahasa Kadazandusun (BKD) terhadap
penggunaan internet. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk melihat hubungan antara tahap
kemahiran menggunakan internet dengan sikap guru pelatih terhadap penggunaan internet. Seramai
81 orang guru pelatih Bahasa Kadazandusun di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran telah
dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang
soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package for Social Science”. Analisis
deskriptif menggunakan kekerapan, peratus, dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru
pelatih Bahasa Kadazandusun mempunyai tahap kemahiran menggunakan internet yang tinggi dan
sikap terhadap penggunaan internet juga adalah tinggi. Selain itu, terdapat korelasi yang signifikan
antara kemahiran menggunakan internet dan sikap guru pelatih terhadap penggunaan internet.


DORA MADELINA JAIRY
NAMA PENYELIA: DR. WILFRED BIN DOUSIP
JABATAN BAHASA KADAZANDUSUN
PENGGUNAAN DAN TAHAP KETERANCAMAN BAHASA
KADAZANDUSUN DALAM DOMAIN KELUARGA KAUM DUSUN DI
KAMPUNG TAPATAU, KIULU
Free download pdf