Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1

ABSTRAK
Gaya pembelajaran pelajar adalah penting untuk dikaji bagi mengetahui gaya belajar yang lebih
dominan dalam kalangan para pelajar serta untuk mengetahui strategi yang sesuai dalam
meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang
dijalankan untuk meninjau gaya pembelajaran yang lebih dominan dalam kalangan guru pelatih
Bahasa Kadazandusun di IPG Kampus Kent Tuaran Sabah. Pengkaji telah menggunakan ‘Model Gaya
Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978)’ dalam menjalankan kajian terhadap gaya belajar pelajar PISMP
BKD di IPG Kampus Kent Tuaran. Terdapat lima kategori gaya pembelajaran mengikut model Dunn
dan Dunn, iaitu kategori persekitaran,kategori emosi, kategori sosiologikal, kategori fsiologi dan
kategori psikologikal. Seterusnya, pengkaji juga meninjau hubungkait secara signifikan di antara gaya
belajar dan juga tahap pencapaian akademik pelajar PISMP BKD di IPG Kampus Kent. Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Kajian ini telah dijalankan ke atas 66 orang responden
yang terdiri daripada pelajar PISMP BKD Ambilan Jun 2019, PISMP BKD Ambilan Jun 2020, PISMP
BKD Ambilan Jun 2021 dan juga PISMP BKD Ambilan Jun 2022 di IPG Kampus Kent Tuaran. Nilai Alfa
Cronbach bagi semua soalan item soal selidik yang digunakan ialah 0.81. Data telah dianalisis
menggunakan analisis deskriptif dengan melihat nilai min. Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya
pembelajaran kategori emosi iaitu ‘saya mahu mendapat gred yang baik’ dan juga ‘saya berasa
gembira apabila mendapat markah atau gred yang baik’ kedua-dua item ini dengan nilai min 4.90 dan
merupakan kategori gaya pembelajaran yang mendapat nilai min pada tahap yang tinggi. Gaya
pembelajaran yang mendapat nilai min yang rendah pula ialah dalam kategori persekitaran iaitu ‘saya
berasa lebih selesa untuk belajar pada suhu yang panas’ dengan min 1.46. Oleh itu gaya pembelajaran
kategori emosi merupakan gaya pembelajaran yang lebih dominan dalam kalangan guru pelatih
PISMP BKD IPG Kampus Kent Tuaran. Diharapkan melalui dapatan kajian ini dapat memberi gambaran
tentang strategi yang sesuai untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian akademik pelajar khususnya
guru pelatih PISMP BKD.


ADREON DANIL
NAMA PENYELIA: DR. SAIMIN BIN GINSARI
JABATAN BAHASA KADAZANDUSUN
MOMUTANOM PARAI TIDONG ID KAMPUNG TIANG LAMA
RANAU

CHRISCONNIELA JULIS
NAMA PENYELIA: EN. JAMES GEOFFREY W. MOLIJOH
JABATAN BAHASA KADAZANDUSUN
WOYO BALAJAR OM TAANG KALANTAYAN MOKIIKINOBOS
PISMP BOROS KADAZANDUSUN ID IPG KAMPUS KENT TUARAN,
SABAH

ABSTRAK
Masyarakat Kadazandusun di Sabah mewarisi kearifan lokal dalam kegiatan pertanian secara turun-
temurun. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui proses penanaman padi bukit dan mengetahui
pantang larang dalam proses penanaman padi bukit di Kampung Tiang Lama Ranau. Kajian adalah
berbentuk etnografi mikro dengan menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis
dokumen dalam pengumpulan data. Data dianalisis secara deskriftif menurut pendekatan kualitatif.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses penanaman dan pantang larang padi bukit boleh dilihat
dari tiga fasa iaitu fasa sebelum, fasa semasa dan selepas penanaman padi bukit. Antara amalan ialah
mooi popos, mononduk, moginipi, momorilik, managad, modtutud, mongurak, mongokop, popoirikau
do tonomon, mangasok, monumpos, gumamas, monompukili, om mongomot. Pantang larang pula
dilihat di dalam beberapa amalan tersebut. Kajian ini dapat menyumbang kepada persoalan terhadap
bagaimana proses penanaman padi bukit dan pantang larang yang perlu dipatuhi semasa penanaman
padi bukit. Selain itu, kajian ini sekaligus dapat memperlihatkan keunikan budaya masyarakat
kadazandusun khususnya dalam bidang pertanian.

Free download pdf