Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1

ABSTRAK
Kajian ini adalah untuk mengetahui bentuk upacara pengebumian kaum Dusun sebelum dan
selepas kehidupan beragama di Kampung Moingob, Tamparuli Sabah. Kajian ini merupakan kajian
etnografi menggunakan pendekatan kualitatif. Pengumpulan data kajian dijalankan melalui
kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan terdapat
lima perkara penting yang perlu dilakukan sebelum upacara pengebumian kaum Dusun pada
masa masyarakat Dusun di kampong Moingob belum menganut mana-mana agama. Antara
perkara penting tersebut termasuklah, pihak keluarga si mati akan mengikat tiga tangkai padi atau
tiga batang serai pada sebatang buluh yang dipacakkan di jalan utama masuk ke kampung si mati.
Selain itu, individu-individu yang berada di kedudukan paling depan dan merupakan kumpulan
yang mengangkat keranda perlu membawa benda yang tajam seperti parang atau kayu api yang
masih berbara. Upacara Momisok haruslah dijalankan ketika “Tulandaat” atau hari ketujuh
kepemergian si mati sebagai ritual yang wajib dilakukan bagi memberi makan kepada roh si mati
untuk kali yang terakhir. Dapatan kajian juga menunjukkan bentuk upacara pengebumian di
kampong Moingob selepas masyarakatnya sudah beragama banyak dipengaruhi oleh amalan dan
saranan gereja ketika menguruskan pengebumian.


CHISTTY ROPPILIN
NAMA PENYELIA: DR. SAIMIN BIN GINSARI
JABATAN BAHASA KADAZANDUSUN
KINOSIMBANAN UPACARA PAMALABANGAN KALAPAS
KOPOOPOSION KIUGAMA ID KAMPUNG MOINGOB,
TAMPARULI.

LINDAASMIRALDA LUSIAN
NAMA PENYELIA: EN. JAMES GEOFFREY W. MOLIJOH
JABATAN BAHASA KADAZANDUSUN
KOTUMBAYAAN MODSUBAK TULUN DUSUN LIWAN
ID KAMPUNG TONOBON BARU, KENINGAU

ABSTRAK
Tajuk kajian ini ialah kepercayaan modsubak dalam kalangan masyarakat kaum Dusun Liwan di
Kampung Tonobon Baru, Keningau. Tujuan kajian ini dilaksanakan ialah untuk mengetahui konsep
kepercayaan modsubak, tujuan kepercayaan modsubak dan tatacara bagi ritual modsubak. Reka
bentuk kajian ini adalah kajian etnografi yang berbentuk kajian interaksi, tingkah laku dan persepsi
sosial yang berlaku kepada sesuatu kumpulan, organisasi dan komuniti. Kajian ini dijalankan ke
atas penduduk Kampung Tonobon Baru, Keningau yang berbangsa Dusun Liwan dengan
melaksanakan temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Berdasarkan hasil kajian, didapati
bahawa konsep bagi kepercayaan modsubak ialah kepercayaan akan wujudnya roh dan semangat
yang dikenalpasti sebagai Rogon yang mana memiliki kuasa spiritual. Roh dan semangat ini akan
diberi makan sebagai tanda penghormatan dan ganjaran atas pertolongan mereka kepada
manusia. Bobolian ialah individu yang akan memegang tanggungjawab sebagai pengantara untuk
berhubung dengan roh dan semangat melalui bacaan mantera dan penyediaan beberapa
makanan ritual seperti ayam, babi, beras, rokok kirai, tembakau atau daun sireh. Tujuan ritual
modsubak dijalankan adalah untuk mengelakkan hal buruk dan malapetaka daripada berlaku
samada kepada individu atau keluarga. Antaranya, anak lelaki sulung dalam sesebuah keluarga
akan diwariskan dengan malapetaka, ditimpa kesusahan, sakit penyakit yang aneh serta kerugian
besar dalam pertanian. Akhir sekali, terdapat beberapa tatacara pelaksanaan ritual modsubak
seperti mengelar leher seekor ayam dan mengalirkan darahnya di tanah. Diharapkan dengan
maklumat yang diperolehi daripada hasil kajian ini dapat membantu mendokumentasikan dan
melestarikan kebudayaan masyarakat kaum Dusun Liwan dalam satu bentuk penulisan ilmiah yang
terperinci untuk dijadikan sebagai sumber rujukan pada masa akan datang.

Free download pdf