Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan dalam kalangan guru pelatih opsyen Bahasa Kadazandusun di Institut
Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah. Responden kajian adalah seramai 81 orang guru
pelatih opsyen Bahasa Kadazandusun daripada 4 unit. Kerajaan Malaysia telah mengambil
langkah untuk memulakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 disebabkan
masalah penyakit berjangkit COVID-19. Perlaksanaan PKP telah memberi kesan kepada operasi
pelbagai bidang termasuklah sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) seperti Institut
Pendidikan Guru (IPG) yang ditutup. Oleh itu, interaksi bersemuka digantikan dengan sistem e-
Pembelajaran atau Online. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk melihat reaksi
responden terhadap perubahan proses pembelajaran tersebut melalui tahap keseronokan.
Objektif kajian ini ialah melihat tahap keseronokan guru pelatih opsyen Bahasa Kadazandusun
IPG Kampus Kent di dalam proses pembelajaran online berdasarkan unit, jantina dan secara am.
Seterusnya, pengumpulan data dalam kajian ini dibuat melalui instrumen soal selidik. Kesahan
dan kebolehpercayaan data boleh dijamin melalui kajian rintis dan rujukan daripada pakar.
Analisis data dilaksanakan melalui analisis deskriptif menggunakan perisian SPSS Versi 26.0.
Maka, pelaporan data akan dilaksanakan dalam bentuk statistik yang mendasari objektif dan
persoaalan kajian.


ROSENITA ZESTA MOSUS
NAMA PENYELIA: DR. SAIMIN BIN GINSARI
JABATAN BAHASA KADAZANDUSUN
KINOBURUON MOGIIGION ID KAMPUNG BUAYAN,
PENAMPANG, SABAH.
ABSTRAK
Kajian ini adalah untuk melihat perkembangan penduduk di Kampung Buayan, Penampang.
Rekabentuk kajian adalah kajian etnografi daripada - etnografi mikro dan etnografi sejarah hidup.
Pendekatan yang digunakan adalah pendekatan kualitatif. Objektif khusus kajian adalah untuk
mengetahui sejarah awal pembukaan kampung Buayan dan mengetahui bagaimana penduduk
dari luar kampung tersebut berhijrah dan menetap di kampung tersebut. Kaedah pengumpulan
data yang digunakan adalah kaedah temu bual, analisis dokumen dan juga pemerhatian.
Instrumen yang digunakan adalah transkripsi untuk temu bual dan catatan nota untuk
pemerhatian. Untuk menentukan kebolehpercayaan (triangulasi data) dalam dapatan kajian,
beberapa dokumen yang boleh membantu menjawab soalan kajian seperti catatan penduduk
kampung, dokumen penduduk telah dikumpul dan dianalisis. Hasil kajian mendapati bahawa
antara individu terawal yang telah membuka perkampungan ini bernama Gulandak. Gulandak tiba
di kawasan ini dan membuat penempatan sekitar tahun 1840. Petempatan ini berkembang
dengan kewujudan beberapa rumah yang didirikan di atas bukit dinamakan sebagai kampung
Latahon. Bagaimanapun, sekitar tahun 1880 , penduduk di atas bukit tersebut berpindah ke
bahagian bawah untuk lebih dekat dengan sungai. Akhirnya, petempatan berhampiran dengan
sungai itu dinamakan kampung Buayan berdasarkan nama seekor labi-labi besar yang dikenali
sebagai “Suayan”. Kajian juga mendapati penduduk kampung ini bertambah ramai dengan
kehadiran penduduk dari luar kawasan melalui perkahwinan dengan penduduk setempat. Kajian
ini penting untuk masyarakat kampung tersebut mengetahui asal usul petempatan awal di
Kampung Buayan. Selain itu, kajian ini penting untuk masyarakat di kampung tersebut
menghargai usaha tokoh-tokoh penting di kampung tersebut. Aspek ini adalah satu aspek penting
dalam dunia pendidikan masyarakat di Malaysia dan bagi masyarakat Dusun, ianya boleh
menambah inspirasi baru membentuk masyarakat yang harmoni, berintegriti dan berpendidikan.


MOHD HARIZ ARIP BIN JUHANIN
NAMA PENYELIA: EN. JAMES GEOFFREY W. MOLIJOH
JABATAN BAHASA KADAZANDUSUN
TAHAP KESERONOKAN PEMBELAJARAN ONLINE GURU PELATIH
BAHASA KADAZANDUSUN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS KENT, SABAH: SATU KAJIAN TINJAUAN
Free download pdf