IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
1

Pendahuluan
Chiam Sun May

Siri Pendidikan Guru: INQUIRY-BESED SCIENCE EDUCATION menghadirkan kumpulan
pengetahuan, wawasan, dan pengalaman dari para pendidik yang berpengalaman dalam bidang
sains/STEM yang diusahakan oleh Pusat STEM Negara pada tahun 2019.


Ia terdiri daripada bahan-bahan pengisian untuk Bengkel IBSE anjuran Pusat STEM Negara yang telah
dilaksanakan secara berperingkat sepanjang tahun 2019 sehingga tahun 2022. Terdapat 19 bab yang
ditulis oleh warga pendidik yang berpengalaman dalam bidang sains/STEM dari Institut Pendidikan
Guru dan sekolah. Pusat STEM Negara adalah agensi yang dilantik untuk menganjurkan Bengkel IBSE,
sebagai program latihan pembangunan profesionalisme sejak tahun 2018. Bengkel IBSE bertujuan
untuk memberi latihan secara hands-on melalui pendekatan pembelajaran secara inkuiri kepada
pensyarah dan guru bidang sains. Sejumlah 5,540 orang peserta telah mengikuti bengkel IBSE. Selain
daripada guru-guru dari sekolah, ia juga dikongsikan dengan rakan-rakan pendidik yang berkhidmat di
matrikulasi dan UPSI. Pada masa yang sama, IPG juga mengambil inisiatif kongsikan IBSE melalui
CPD, PLC dan program outreach.


Harapan daripada bengkel dan perkongsian melalui jaringan kolaboratif, para pendidik arif dengan
pendekatan IBSE yang akan memberi peluang kepada murid untuk meneroka pengetahuan dan
memperolehi pembelajaran yang lebih mendalam dan bermakna. Dengan ini, murid akan terasa lebih
bermotivasi disebabkan kepuasan memahami sesuatu kandungan hasil daripada usaha sendiri.


Buku ini terdiri daripada 19 bab yang merangkumi pelbagai aspek dalam pendidikan sains berdasarkan
pendekatan inkuiri. Dalam buku ini, anda akan diperkenalkan kepada konsep IBSE dan bagaimana ia
boleh digunakan dalam PdP sains.


Topik dalam buku ini termasuk:


Pengenalan kepada IBSE: Anda akan mempelajari asas-asas IBSE dan kepentingannya dalam
pembelajaran sains.


Mengajukan Soalan: Anda akan belajar tentang pentingnya mengajukan soalan dalam proses inkuiri
dan cara untuk merangsang pemikiran kritis dalam kalangan pelajar.


Pendekatan Modeling: Anda akan memahami bagaimana menggunakan model dan simulasi untuk
memahami konsep sains secara mendalam.


Pendekatan Eksperimen: Anda akan belajar cara merancang dan menjalankan eksperimen sains di bilik
darjah.


Penyelidikan Berasaskan Dokumen: Anda akan mempelajari cara menggunakan sumber-sumber
rujukan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan topik sains yang sedang dikaji.


Projek Interdisiplinari: Anda akan belajar cara mengintegrasikan pelbagai disiplin sains dalam projek-
projek yang menarik dan relevan.

Free download pdf