IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1

Contoh 2: Fenomena Geobencana


Stephanie Sungkim dan Imee Samuil

Tahun/ Tingkatan: Tingkatan 1


Standard kandungan (Sains)
9.4 Fenomena geobencana


Standard pembelajaran (Sains)
9.4.1 Berkomunikasi mengenai geobencana
9.4.2 Menjana idea tentang kepentingan sains dan teknologi untuk menghadapi geobencana
9.4.3 Menyedari bahawa geobencana mendatangkan kesan terhadap kehidupan alam sekitar


Amalan sains
Mendapatkan dan menilai maklumat, berkomunikasi tentang maklumat; serta membina
penjelasan


Kemahiran abad ke-21/ nilai/ sikap saintifik
Literasi media, kemahiran pemikiran kritis, mahir berkomunikasi, bersifat ingin tahu, minat
dan sifat ingin tahu tentang alam sekitar, membina penjelasan/ membuat kesimpulan.


Ringkasan aktiviti
Dalam aktiviti ini, murid akan melibatkan diri dalam protokol/kaedah document-based
research (dengan membaca dokumen dalam talian dan hardcopy, atau menemu bual pakar).
Murid akan mengumpul, membaca dan menilai kesahan saintifik maklumat yang diperoleh,
serta menggabungkan maklumat tersebut untuk menjelaskan (i) kejadian geobencana, (ii)
impak bencana alam kepada manusia dan (iii) bagaimana sains dan teknologi digunakan untuk
menghadapi geobencana. Murid juga dikehendaki berkomunikasi tentang idea, maklumat dan
dapatan mereka dengan jelas dan menyakinkan dalam pelbagai format termasuk secara lisan,
grafik, teks dan matematik. Aktiviti ini turut memfokuskan dua amalan sains seperti
mendapatkan dan menilai maklumat, serta berkomunikasi tentang maklumat; dan membina
penjelasan.


Alat dan bahan: Perakam suara/ recorder, kamera, kertas putih/ berwarna, buku folio/ skrap,
Pen marker hitam/berwarna.


Masa: 121.5 jam


Perancangan pengajaran dan pembelajaran


PERINGKAT 1: HASIL DIHARAPKAN (Identify Desired Results)
Hasil Pembelajaran
Standard Kandungan:
9.4 Fenomena geobencana

Standard Pembelajaran:
9.4.1 Berkomunikasi mengenai geobencana
9.4.2 Menjana idea tentang kepentingan sains dan teknologi untuk menghadapi
Free download pdf