IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
dan mungkin juga terdapat aktiviti gunung
berapi.
Permukaan bumi berubah secara perlahan
mengikut perubahan masa, dengan
gunung-gunung terhakis oleh cuaca, dan
gunung yang baharu dihasilkan ketika
kerak dipaksa ke atas.
Kegiatan manusia menghasilkan karbon
dioksida dan metana yang meningkatkan
kesan rumah hijau dan membawa kepada
pemanasan global serta perubahan iklim.


  1. Sesetengah bahaya alam (natural hazards),
    seperti letusan gunung berapi dan cuaca
    buruk, didahului oleh fenomena yang
    membolehkan ramalan yang boleh
    dipercayai dibuat. Manakala yang lain,
    seperti gempa bumi, berlaku secara tiba-
    tiba dan tanpa pemberitahuan, dan belum
    dapat diramalkan.

  2. Pemahaman tentang persekitaran juga
    merupakan asas untuk membuat keputusan
    yang cekap, langkah menangani yang lebih
    baik, dan kesediaan untuk menghadapi
    risiko bencana.


PERINGKAT 2: BUKTI PENTAKSIRAN (Determine Assessment Evidence)
Performance Task


  1. Dalam kumpulan, murid dikehendaki
    mengumpulkan, membaca dan menilai
    kesahan saintifik maklumat yang
    diperoleh, serta menggabungkan maklumat
    tersebut untuk menjelaskan (i) kejadian
    geobencana seperti gempa bumi,
    volkanisme, tanah runtuh, tsunami,
    pemanasan global, hujan asid, tanah jerlus,
    dan lubang benam), (ii) impak bencana
    alam kepada manusia dan (iii) bagaimana
    sains dan teknologi digunakan untuk
    menghadapi geobencana.

  2. Sesetengah geobencana boleh diramal.
    Kenal pasti geobencana yang boleh
    diramal. Bagaimanakah ahli sains meramal
    kejadian geobencana?

  3. Murid dikehendaki mengumpul maklumat
    melalui pembacaan dokumen dalam talian
    dan hardcopy, dan menemu bual pakar.


Evidence


  1. Pengetahuan:
    Melalui pembentangan hasil dapatan
    dan Penilaian Formatif 9.4

  2. Proses:
    Pentaksiran proses mencari dan
    mengumpul maklumat melalui catatan
    dalam My Science Notebook dan soal
    jawab dengan murid

  3. Produk:
    Bahan pembentangan persembahan
    multimedia

Free download pdf