Setiap murid diminta menulis esei dengan lima baris sahaja untuk memerihalkan pemanasan
global dan peranan pokok dalam mengawal fenomena tersebut. Selepas itu, kumpulan akan
memutuskan esei yang terbaik dalam kumpulan tersebut untuk mewakili kumpulan mereka lalu
menulis esei yang terpilih dalam kertas mahjong.
Kertas mahjong dilekatkan di dinding kelas untuk sesi gallery walk. Setiap kumpulan akan
menilai esei dari kumpulan-kumpulan lain dan memberikan bintang berdasarkan ketepatan isi
esei tersebut.
Penilaian (Evaluate)
Pra Aktiviti
Murid perlu mencatat ramalan mereka akan apa yang akan berlaku semasa penyiasatan dalam
Lampiran ML3-3.
Semasa Aktiviti
Murid melengkapkan jadual data, memplotkan graf, menganalisis dan mentafsir graf.
Selepas itu, murid perlu membentangkan dapatan dan graf yang dibina berdasarkan bahagian
analisis dalam Lampiran ML3-2 dan menjawab soalan perbincangan dalam Lampiran ML3-4.
Pasca Aktiviti
Murid menulis esei dalam lima baris sahaja untuk memerihalkan pemanasan global dan peranan
pokok dalam mengawal fenomena tersebut selepas menonton Video 2.
Nota: Semua lembaran perlu dilengkapkan oleh murid secara individu walaupun penyiasatan
dilakukan secara berkumpulan.
Lampiran
Lampiran ML3-1: Panduan untuk guru
Lampiran ML3-2: Panduan penyiasatan untuk murid
Lampiran ML3-3: Ramalan dan data penyiasatan
Lampiran ML3-4: Soalan perbincangan
Lampiran ML3-5: Kriteria pentaksiran
Video
Video 1: https://www.youtube.com/watch?v=boKd_Pb2HUA
Video 2: https://www.youtube.com/watch?v=h6os97Oh_Cw
Rujukan
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2019). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) KSSM Sains Tingkatan 4 dan 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.