Pengetahuan
- Mengetahui bahawa pengaliran haba boleh
berlaku dalam tiga cara berbeza, iaitu
konduksi, perolakan dan sinaran. - Mengetahui bahawa dua objek yang berada
dalam sentuhan terma dapat memindahkan
tenaga haba antara dua objek itu sehingga
pemindahan haba antara dua objek adalah
sifar iaitu keseimbangan haba tercapai. - Mengetahui bahawa jenis (kusam atau
berkilat) dan warna permukaan (gelap atau
putih) objek mempengaruhi jumlah haba
yang diserap atau dipancarkan oleh sesuatu
objek. - Memahami bahawa permukaan gelap dan
kusam adalah penyerap haba yang baik. - Memahami bahawa permukaan putih dan
berkilat adalah pemantul haba yang baik.
Kemahiran
- Menjustifikasikan lakaran model yang
dihasilkan dengan konsep sains dalam
topik haba dalam membuat pelaporan. - Menilai dan mencadangkan
penambahbaikan model termos atau cawan
kepada kaedah penyiasatan dan kaedah
inkuiri lanjutan apabila perlu. - Membincangkan lakaran model yang
dihasilkan semasa aktiviti penerokaan
semasa Fasa 3. - Mereka cipta model rumah kucing terbiar
dengan menggunakan pengetahuan dan
kemahiran sains mengenai haba dalam
konteks penyelesaian masalah dan
membuat keputusan atau dalam
melaksanakan satu tugasan dalam situasi
baru secara kreatif dan inovatif dengan
mengambil kira nilai sosial, ekonomi atau
budaya masyarakat. - Merumuskan bahawa pengaliran tenaga
haba boleh dimanipulasikan untuk
menangani masalah bekas menyimpan air
panas yang tidak dapat menyimpan haba
dalam tempoh yang lama dan membincang
dan menganalisis implikasi sains untuk
menyelesaikan masalah tersebut. - Sentiasa menggunakan laras sains untuk
berkomunikasi dengan jelas dan tepat dan
mendokumentasikan sumber maklumat
dengan lengkap sepanjang aktiviti mereka
cipta model termos atau cawan tersebut.
PERINGKAT 2: BUKTI PENTAKSIRAN (Determine Assessment Evidence)
Performance Task
Tugasan:
- Perbincangan berdasarkan pengalaman dan
pemerhatian persekitaran tentang pengaliran
haba serta kegunaan konduktor haba dan
penebat haba dalam kehidupan harian. - Perbincangan untuk melakar dan
menghasilkan satu model termos dan rumah
haiwan dalam kumpulan menggunakan
proses reka bentuk kejuruteraan.
Bukti
Pengumpulan bukti:
● Pengetahuan: Melalui keputusan kuiz dan
pembentangan hasil dapatan
● Proses: Pemerhatian terhadap proses murid
melakarkan model, pemilihan bahan dan
kolaboratif kumpulan, kemahiran saintifik
dan kemahiran manipulasi (pembinaan
workability model)