2
Tahap-Tahap Inkuiri: Anda akan memahami pelbagai tahap dalam proses inkuiri dan cara
menggalakkan keaktifan pelajar di setiap tahap.
Perkakas untuk Meningkatkan Tahap Inkuiri: Anda akan diperkenalkan kepada pelbagai strategi dan
alat bantu yang dapat meningkatkan penglibatan pelajar dalam inkuiri.
Amalan IBSE di Bilik Darjah: Anda akan mempelajari cara mengaplikasikan pendekatan IBSE dalam
pembelajaran sains di bilik darjah.
Contoh-contoh Rancangan Mengajar Harian: Anda akan diberikan contoh-contoh rancangan pengajaran
harian yang menggunakan pendekatan IBSE.
Pendidikan Sains dalam Kalangan Pelajar Peribumi: Anda akan memahami keperluan untuk
memperkembangkan pendekatan IBSE yang sensitif terhadap budaya dan keperluan pelajar peribumi.
Sumber-Sumber Rujukan yang Bersesuaian: Anda akan diperkenalkan kepada pelbagai sumber rujukan
yang relevan untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran sains berdasarkan pendekatan IBSE.
Buku ini diakhiri dengan satu laporan kajian keberkesanan yang dilaksanakan di Zon Sabah bagi tujuan
penilaian input dan pengendalian bengkel. Kami harap hasil dapatan membantu pembaca memberi
perhatian kepada aspek-aspek yang mencabar dalam pengendalian bengkel pada masa-masa yang akan
datang.
Buku ini dirangka dengan menggunakan bahasa Malaysia untuk memudahkan pemahaman dan
penggunaannya dalam konteks pendidikan sains di Malaysia. Denga nisi kandungan buku ini, diharap
pembaca akan memiliki pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengaplikasikan
pendekatan IBSE dalam pengajaran sains dengan berkesan.
Penghargaan kepada semua yang telah memberi sumbangan. Terima kasih kepada semua penulis bab
yang telah memberikan kontribusi berharga. Buku ini adalah pengakuan terhadap usaha kolektif kita
semua, dan kami berharap melalui pembacaan dan pemahaman terhadap isi kandungannya, kita dapat
mewariskan semangat ini kepada generasi yang akan menyambut baton kami. Terima kasih kepada
pasukan penyunting dan pelajar pereka muka hadapan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Kent,
Hani Junita Natasya Binti Juni
Penghargaan kepada rakan-rakan Penulis. Salam Malaysia Madani, Salam Kent dan Salam Damai.
KENT: Kerana Engkau Nama Terbilang