IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

SepZon 22/165


KAJIAN KEBERKESANAN BENGKEL DALAM TALIAN IBSE


Chiam Sun May^1 ,Chin Chee Keong^2


Ainon bt Hadim^1 , Loretta @ Lily Polus^3 ,Low Kee Sun^1 , Normadiah bt Bokoh^3


Tan Cho Chiew^1


(^1) Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, (^2) Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun,


3 Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau


[email protected], [email protected]


ABSTRAK


Kajian ini mengkaji keberkesanan bengkal dalam talian IBSE dari segi tempoh bengkel, persediaan TPU dan


pandangan responden terhadap aplikasi flipped classroom yang digunakan dalam bengkel ini. Kajian ini


dilaksanakan di dua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Seramai 41 responden yang terdiri daripada SISC+, guru


sekolah rendah dan guru sekolah menengah yang pernah diberi pendedahan kursus IBSE. Kajian ini mengutip


data kuantitatif dan data kualitatif melalui borang servei yang ditadbirkan melalui Google Form. Borang ini terdiri


daripada 3 bahagian, Bahagian A mengutip data demografi, Bahagian B menilai keberkesanan tempoh bengkel


dan persediaan TPU dalam 4 poin skala Likert dan Bahagian C meminta komen berkenaan dengan ruang


penambahbaikan. Data kuantitatif telah dianalisis berdasarkan frekuensi dan min manakala data kualitatif


dianalisis berdasarkan tema yang dijanakan daripada respon kutipan daripada responden. Analisis data


menunjukkan bengkel ini adalah berkesan dari segi tempoh bengkel dan persediaan TPU. Penggunaan Flipped


Classroom membantu peserta dari segi persediaan, sesuai diaplikasikan sebagai amalan pedagogi dan


membolehkan mereka berkolaboratif. Walau bagaimana pun, peruntukan masa dan arahan perlu diberikan lebih


awal. Responden juga mengemukakan banyak “gangguan” daripada tugas lain semasa bengkel. Mereka


berpendapat aplikasi platfom digital yang lain seperti Telegram adalah pelengkap yang sesuai diaplikasikan


bersama. Peserta bengkel lebih memilih mod bersemuka supaya dapat memberi tumpuan yang lebih baik. Mereka


mencadangkan mod hibrid bagi slot-slot yang tertentu.


Kata kunci: IBSE, flipped classroom, bengkel atas talian, platform digital


1.0 PENGENALAN
Revolusi Industri 4.0 telah membawa perubahan besar dalam kehidupan manusia termasuklah
dalam dunia pendidikan. Schwab (2016) menjelaskan hampir setiap hari urusan kehidupan kita
telah beralih berasaskan teknologi IR 4.0 demi mengoptimalkan fungsi otak. Mohamad (2020)
menyatakan bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam mengalami transformasi ke arah
pengajaran dan pembelajaran (PdPc) secara dalam talian. Penggunaan internet bukanlah
sesuatu yang baru dalam dunia pendidikan, namun penularan Pandemik Covid-19 telah
mengubah landskap sistem pendidikan negara.


Pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia telah meledakkan pengunaan internet sebagai
medium utama dalam penyampaian PdPc. Medium pembelajaran telah bertukar secara
drastiknya melalui pembelajaran dalam talian (PDT). Senario ini telah mewujudkan satu norma
baharu dalam PdPc kepada para pelajar di semua peringkat pengajian. Situasi ini turut dialami
oleh guru-guru apabila semua komunikasi berlangsung secara dalam talian sama ada dalam
PdPc mahupun dalam kursus pembangunan profesionalisme.


Terdapat kajian menunjukkan bahawa penggunaan PDT dapat menghasilkan pembelajaran
yang bermakna, menjana kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif serta membina
pengetahuan baharu dan berupaya menyelesaikan masalah dalam konteks yang sebenar.
Malahan PDT dapat menjimatkan kos terutama bagi institusi yang mempunyai bilangan pelajar
yang ramai yang memerlukan ruang yang besar dan tenaga pengajar yang ramai. Namun pihak
institusi harus menyediakan kemudahan infrastruktur, teknologi dan persekitaran pembelajaran
yang kondusif untuk melaksanakan sistem PDT ini (Yusup Hashim, 2000).

Free download pdf