IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
3

Inquiry-Based Science Education (IBSE): Rasional dan Matlamat


Lay Ah Nam, Koay Suan See, Nor’Aidah Nordin, Chin Chee Keong, Nor Azlina Ghazali,
A’ini Fariza Mohammad Yulan dan Mohammad Shahril-Liza Azahan

Pengenalan


Inkuiri secara saintifik


Istilah inkuiri merujuk kepada pendekatan yang digunakan untuk mencari penjelasan atau
maklumat dengan mengemukakan soalan. Dalam kata lain, inkuiri mengkehendaki seseorang itu
menjalani proses penyelidikan, penyiasatan atau 'mencari kebenaran'. Sama ada disedari atau tidak,
pendekatan inkuiri sebenarnya sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian terutamanya dalam
bidang pendidikan. Dalam konteks pendidikan, inkuiri boleh diaplikasikan bukan sahaja dalam
mata pelajaran sains malah beberapa mata pelajaran lain seperti sejarah, geografi, seni, matematik,
teknologi dan kejuruteraan. Inkuiri berlaku apabila soalan dikemukakan, lalu bukti pun
dikumpulkan, diikuti dengan pertimbangan terhadap beberapa kemungkinan penjelasan. Inkuiri
secara saintifik menjurus kepada pembangunan pengetahuan dan kefahaman tentang alam ini, hasil
daripada interaksi secara langsung dengan alam, dan pemerolehan data (sebagai bukti) bagi
menyokong penjelasan terhadap suatu fenomena atau peristiwa (Harlen, 2012, 2013).


Inkuiri secara saintifik bermula daripada penerokaan terhadap suatu objek, peristiwa atau
fenomena yang menimbulkan soalan, dan mencetuskan spekulasi (hipotesis) yang boleh
menjelaskan soalan berdasarkan pengetahuan yang telah diketahui sebelum ini. Spekulasi
(hipotesis) akan membawa kepada ramalan dan penyiasatan, sama ada melibatkan eksperimen atau
tidak, semasa menguji hipotesis. ‘Pengujian’ barangkali melibatkan eksperimen tetapi
pengumpulan data boleh juga dilakukan melalui pemerhatian semata-mata. Contohnya apabila
membuat pemerhatian terhadap pergerakan relatif bulan dan planet. Walau bagaimanapun, perkara
yang sering dilibatkan semasa pengujian ialah pengumpulan, analisis dan interpretasi data. Ketiga-
tiga perkara ini penting dalam menyediakan bukti berkaitan soalan yang ditimbulkan dan hipotesis
yang diuji. Setelah menguji pelbagai ramalan dan mengulangi pengumpulan data, kesimpulan
dapat dibuat demi menambah pemahaman mengenai peristiwa atau objek yang dikaji. Sepanjang
proses ini, para saintis akan membuat catatan dengan teliti, merujuki hasil kerja saintis lain,
membentangkan dan membincangkan idea dan prosedur mereka dengan sainstis lain dalam
persidangan dan melalui penulisan jurnal), serta berkongsi dapatan mereka (Harlen, 2012).


Inkuiri dalam pendidikan sains


Inkuiri ke arah meningkatkan kefahaman konsep sains, kemahiran abad ke-21 dan motivasi


Tujuan utama pendidikan sains adalah meningkatkan kefahaman murid, bukan sekadar
berkebolehan mengulang fakta dan menghafal pengetahuan. Melalui inkuiri, murid dapat membina
kefahaman hasil daripada pengalaman bermakna, berfikir dan menaakul sepanjang proses inkuiri

Free download pdf