4
berlangsung. Pendidikan sains berasaskan inkuiri mendorong pemahaman konsep dan
pembangunan kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Hal yang demikian kerana
pendidikan sains berasaskan inkuiri melibatkan pemikiran kritis, aktiviti kolaboratif, pertimbangan
terhadap alternatif dan komunikasi berkesan. Melalui kaedah pembelajaran biasa, motivasi murid
terhasil daripada kepuasan apabila memahami sesuatu yang sebelumnya tidak difahami, dan bukan
sekadar melalui pemerolehan ganjaran (Harlen, 2012).
Definisi
Global Network of Science Academies (IAP), Science Education Programme (2010) telah
mendefinisi pendidikan sains berasaskan inkuiri (IBSE) seperti berikut:
IBSE means students progressively developing key scientific ideas through learning
how to investigate and build their knowledge and understanding of the world around.
They use skills employed by scientists such as raising questions, collecting data,
reasoning and reviewing evidence in the light of what is already known, drawing
conclusions and discussing results. This learning process is all supported by an
inquiry-based pedagogy, where pedagogy is taken to mean not only the act of teaching
but also its underpinning justifications. (IAP, 2010, p.18)
Penerangan lanjut tentang definisi ini adalah seperti di Lampiran S1-1.
Rasional dan matlamat
Pembelajaran berasaskan inkuiri mendorong pemahaman dan pembangunan kemahiran yang
diperlukan oleh murid pada abad ke-21. Pendidikan sains harus membantu murid membangunkan
konsep sains utama (big idea) yang membolehkan mereka memahami peristiwa dan fenomena
yang relevan dalam kehidupan semasa dan masa depan mereka. Murid juga harus membangunkan
pemahaman tentang bagaimana idea dan pengetahuan sains dibentuk (iaitu nature of science) serta
kemahiran dan sikap yang terlibat dalam mencari dan menggunakan bukti (Harlen, 2013).
Peranan amalan sains
Pembangunan pemahaman bergantung pada proses yang terlibat dalam membuat ramalan dan
mengumpul bukti untuk mengujinya dijalankan secara saintifik (Harlen, 2012). Melibatkan diri
dalam amalan sains membantu murid memahami bagaimana pengetahuan saintifik dibangunkan.
Penglibatan langsung seperti itu membolehkan mereka menghayati pelbagai pendekatan yang
digunakan untuk menyiasat, memodelkan, dan menjelaskan alam. Pengalaman sebenar ini juga
dapat menimbulkan rasa ingin tahu murid, menarik minat mereka, dan memotivasi mereka untuk
terus belajar, serta membantu mereka menyedari bahawa sains adalah hasil daripada usaha kreatif
para saintis.