5
Any education that focuses predominantly on the detailed products of scientific
labor—the facts of science—without developing an understanding of how those facts
were established or that ignores the many important applications of science in the
world misrepresents science (National Research Council, 2012).
Walaupun penting untuk murid belajar cara belajar dan membangunkan kemahiran inkuiri, namun
perlu ada keseimbangan antara pembelajaran konseptual dan belajar tentang cara belajar.
Mempelajari cara menjawab soalan yang dikemukakan adalah tidak mencukupi, ia juga perlu
dijawab. Sebaliknya, mencari jawapan kepada soalan yang dikemukakan adalah tidak mencukupi,
murid juga perlu mengetahui bagaimana ia dijawab (Harlen, 2013).
Secara ringkas, pendidikan sains berasaskan inkuri (IBSE) seharusnya membangunkan:
Pemahaman idea sains asas
Pemahaman nature of science, inkuiri saintifik dan penaakulan
Kompetensi mengumpul dan menggunakan bukti
Sikap saintifik dan sikap terhadap sains
Kemahiran yang menyokong pembelajaran sepanjang hayat
Kebolehan untuk berkomunikasi menggunakan bahasa dan pewakilan yang bersesuaian,
termasuklah dalam bentuk tulisan/ teks, lisan dan matematik
Penghayatan sumbangan sains kepada masyarakat dan bagaimana sains digunakan dalam
teknologi dan kejuruteraan.
Pelbagai matlamat dalam pendidikan sains
Sepanjang tempoh persekolahan wajib, pendidikan sains di sekolah sepatutnya bertujuan
membangunkan dan mengekalkan rasa ingin tahu murid tentang alam, serta mendorong murid
menghayati aktiviti saintifik dan memahami fenomena alam semulajadi.
Melalui pendidikan sains, murid harus membangunkan pemahaman big idea mengenai objek,
fenomena, bahan dan hubungan dalam alam semulajadi. Matlamat pendidikan sains bukanlah
memperoleh pengetahuan mengenai fakta dan teori semata-mata, tetapi mengembangkan idea
utama untuk memahami peristiwa dan fenomena yang berkaitan dengan kehidupan murid (Harlen,
2010). Pendidikan sains juga berhasrat membangunkan big idea mengenai inkuiri saintifik,
penaakulan dan kaedah kerja, serta idea mengenai hubungan antara sains, teknologi, masyarakat
dan alam sekitar (Harlen, 2015).
A ‘big’ idea in science is one that applies to a range of related objects or phenomena,
whilst what we might call smaller ideas apply to particular observations or
experiences. For instance, that worms are well adapted to living in the soil is a small
idea; a corresponding big idea is that living things have evolved over very long periods
of time to function in certain conditions. (Harlen, 2010, p.8)