IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
6

Matlamat pendidikan sains untuk membangunkan big idea telah diterima secara meluas dalam
kalangan pendidik sains. Murid harus dibimbing untuk membangunkan big idea of science dan big
idea about science (sila rujuk Lampiran S2-2) untuk membolehkan mereka memahami aspek
saintifik di alam sekeliling dan membuat keputusan yang tepat mengenai aplikasi sains dalam
kehidupan (Harlen, 2010).


Big ideas of science (Harlen, 2015)


  • Semua jirim di Alam Semesta terdiri daripada dari zarah-zarah yang sangat kecil
    All matter in the Universe is made of very small particles

  • Objek boleh mempengaruhi objek lain yang terletak pada suatu jarak
    Objects can affect other objects at a distance

  • Mengubah pergerakan objek memerlukan daya bersih untuk bertindak ke atasnya
    Changing the movement of an object requires a net force to be acting on it

  • Jumlah tenaga di Alam Semesta sentiasa tetap tetapi dapat dipindahkan daripada satu
    bentuk kepada bentuk lain
    The total amount of energy in the Universe is always the same but can be transferred from
    one energy store to another during an event

  • Komposisi Bumi dan atmosferanya, serta proses-proses yang berlaku di dalamnya
    membentuk bentuk muka Bumi dan iklimnya
    The composition of the Earth and its atmosphere and the processes occurring within them
    shape the Earth’s surface and its climate

  • Sistem suria kita adalah bahagian yang sangat kecil daripada berjuta-juta galaksi di Alam
    Semesta
    Our solar system is a very small part of one of billions of galaxies in the Universe

  • Sel merupakan unit asas organisma, dan organisma mempunyai jangka hayat yang terhad
    Organisms are organised on a cellular basis and have a finite life span

  • Organisma memerlukan bekalan tenaga dan bahan yang diperoleh daripada organisma lain,
    atau disaingi dengan organisma lain
    Organisms require a supply of energy and materials for which they often depend on, or
    compete with, other organisms

  • Maklumat genetik diwarisi daripada satu generasi organisma kepada generasi yang lain
    Genetic information is passed down from one generation of organisms to another

  • Kepelbagaian organisma, sama ada hidup atau pupus, adalah hasil evolusi
    The diversity of organisms, living and extinct, is the result of evolution


Pendidikan sains bukan sahaja menekankan pemahaman konsep atau idea yang menjelaskan objek,
peristiwa atau fenomena yang sedang berlaku, malah bertujuan lain seperti membangunkan:



  • Kefahaman tentang nature of science

  • Keupayaan yang diperlukan untuk melibatkan diri dalam aktiviti sains

  • Sikap saintifik dan sikap terhadap sains

  • Penghayatan hubungan sains dengan mata pelajaran lain, terutamanya teknologi, kejuruteraan
    dan matematik.

Free download pdf