7
Big ideas about science: Nature of science (Harlen, 2015)
- Sains adalah mengenai mencari sebab atau penyebab fenomena di alam semula jadi
Science is about finding the cause or causes of phenomena in the natural world - Penjelasan, teori dan model saintifik adalah berasaskan bukti yang ada pada waktu
tertentu
Scientific explanations, theories and models are those that best fit the evidence available at
a particular time - Pengetahuan yang dihasilkan oleh sains digunakan dalam bidang kejuruteraan dan
teknologi untuk membina produk demi memenuhi keperluan manusia
The knowledge produced by science is used in engineering and technologies to create
products to serve human ends - Aplikasi sains sering mempunyai implikasi etika, sosial, ekonomi dan politik
Applications of science often have ethical, social, economic and political implications
Amalan sains (dan amalan kejuruteraan)
Mempelajari sains melalui inkuiri merupakan satu proses yang kompleks di mana pengetahuan
dan pemahaman serta kemahiran mengumpulkan dan menggunakan bukti dijalinkan bersama
secara interaktif. Kemahiran yang penting untuk membina pemahaman termasuklah kemahiran
fizikal dan mental yang berkaitan dengan penjanaan dan penggunaan bukti untuk menguji idea
yang dapat membantu menjelaskan suatu peristiwa atau fenomena yang sedang dikaji. Pada masa
yang sama, penggunaan kemahiran melibatkan pengetahuan dan pemahaman.
Menyedari saling bersandaran antara pengetahuan dan kemahiran, inkuiri dilihat sebagai satu
amalan (practice), satu set tindakan yang kompleks yang membawa kepada pengalaman dan
pemahaman sains sebagai 'pengetahuan yang berasaskan bukti'. Secara ringkasnya, “amalan” di
sini menunjukkan penekanan diberikan bukan sahaja kepada kemahiran, malah ia memerlukan
pengetahuan. Pelibatan murid dalam amalan sains membantu murid memahami bagaimana sesuatu
pengetahuan saintifik itu dibangunkan. Amalan kejuruteraan pula bukan sahaja membolehkan
murid memahami pekerjaan jurutera malah ia membantu murid memahami hubungan antara
kejuruteraan dengan sains. Apabila murid mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran saintifik serta
pemikiran reka bentuk kejuruteraan dalam penyelesaian masalah, maka murid sebenarnya
menggunakan amalan sains dan kejuruteraan.
Lapan amalan sains (dan kejuruteraan) yang penting untuk dipelajari adalah seperti berikut
(Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016; National Research Council, 2012):
- Mengemukakan soalan (untuk sains) dan mendefinisi masalah (untuk kejuruteraan)
Asking questions (for science) and defining problems (for engineering) - Membangunkan dan menggunakan model
Developing and using models