8
- Merancang dan menjalankan penyiasatan
Planning and carrying out investigations - Menganalisis dan menginterpretasi data
Analyzing and interpreting data - Menggunakan matematik dan pemikiran komputasional
Using mathematics and computational thinking - Membina penjelasan (untuk sains) dan mereka bentuk penyelesaian (untuk kejuruteraan)
Constructing explanations (for science) and designing solutions (for engineering) - Melibatkan diri dalam penghujahan berdasarkan bukti
Engaging in argument from evidence - Mendapatkan maklumat, menilai dan berkomunikasi tentang maklumat
Obtaining, evaluating, and communicating information
Amalan-amalan tersebut menggambarkan tingkah laku saintis ketika mereka menyiasat serta
membina model dan teori tentang alam semula jadi (dan amalan kejuruteraan yang digunakan oleh
jurutera semasa mereka mereka bentuk dan membina model dan sistem). Walaupun reka bentuk
kejuruteraan hampir sama dengan inkuiri saintifik, namun terdapat perbezaan yang signifikan.
Sebagai contoh, inkuiri saintifik melibatkan pembentukan soalan yang dapat dijawab melalui
penyiasatan, sementara reka bentuk kejuruteraan melibatkan pembentukan masalah yang dapat
diselesaikan melalui reka bentuk. Pengukuhan aspek kejuruteraan akan membolehkan murid
memahami kerelevanan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dengan kehidupan
seharian.
Sikap saintifik dan sikap terhadap sains
Bagaimanakah sikap dan nilai positif yang dicadangkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) sains dapat dipupuk melalui pendekatan IBSE?
Pengalaman dari pembelajaran sains memupuk sikap dan nilai yang positif dalam kalangan murid.
Sikap dan nilai saintifik ini telah dinyatakan di dalam DSKP semua mata pelajaran bidang sains,
iaitu:
- Minat dan sifat ingin tahu tentang alam sekitar
- Bertanya kepada guru, rakan atau orang lain
- Membuat bacaan sendiri
- Mengumpul bahan atau spesimen bagi tujuan kajian
- Menjalankan kajian sendiri
- Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data
- Memerihal dan merekod apa yang sebenarnya diperhatikan
- Maklumat yang direkod tidak dipengaruhi oleh perasaan atau khayalan
- Menjelaskan pemerhatian secara rasional
- Mendokumentasikan sumber maklumat yang digunakan