IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
9


  1. Luwes dan berfikiran terbuka

    • Menerima pendapat orang lain

    • Boleh mengubah pendirian kerana bukti meyakinkan

    • Tidak prejudis



  2. Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara

    • Tidak berputus asa

    • Sedia mengulangi penyiasatan

    • Bersungguh menjalankan sesuatu perkara

    • Bersedia menerima kritik dan cabaran

    • Berusaha mengatasi masalah dan cabaran



  3. Sistematik, yakin dan beretika

    • Menjalankan aktiviti dengan teratur, tertib serta mengikut masa yang sesuai

    • Menyusun alat dan bahan dengan teratur

    • Yakin dengan kerja yang dilakukan

    • Berani dan bersedia mencuba sesuatu

    • Berani mempertahankan sesuatu perkara yang dilakukan



  4. Bekerjasama

    • Membantu rakan dan guru

    • Bersama-sama menjalankan aktiviti dan penyiasatan

    • Tidak mementingkan diri sendiri

    • Adil dan saksama




Hubungan antara sains, teknologi, masyarakat dan persekitaran



  • Saling bersandaran antara sains, kejuruteraan dan teknologi


Inkuiri saintifik, reka bentuk kejuruteraan, dan pembangunan teknologi adalah saling
bersandar (National Research Council, 2012). Idea tentang saling bersandaran sains (dengan
penemuan dan prinsip yang dihasilkannya) dan kejuruteraan (dengan teknologi yang
dihasilkannya):

i. Kemajuan dalam sains menyediakan keupayaan baharu, bahan baharu, atau pemahaman
baharu mengenai proses yang dapat diaplikasikan melalui kejuruteraan untuk
menghasilkan teknologi.
Advances in science offer new capabilities, new materials, or new understanding of
processes that can be applied through engineering to produce advances in technology.
ii. Kemajuan teknologi sebaliknya memberi saintis keupayaan baharu untuk menyiasat alam
semula jadi pada skala yang lebih besar atau lebih kecil; untuk merekod, mengurus, dan
menganalisis data; serta untuk memodelkan sistem yang lebih kompleks dengan lebih
tepat.
Advances in technology, in turn, provide scientists with new capabilities to probe the
natural world at larger or smaller scales; to record, manage, and analyze data; and to
model ever more complex systems with greater precision.
Free download pdf