IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
10

iii. Tambahan, usaha jurutera untuk membangunkan atau menambah baik teknologi sering
mencetuskan soalan baharu untuk disiasat oleh saintis.
In addition, engineers’ efforts to develop or improve technologies often raise new
questions for scientists’ investigations.


  • Pengaruh kejuruteraan, teknologi, dan sains terhadap masyarakat dan alam semula jadi


Kemajuan saintifik dan teknologi dapat memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat
dan alam sekitar (National Research Council, 2012):

i. kemajuan dalam sains, kejuruteraan, dan teknologi dapat dan telah memberi kesan yang
mendalam terhadap masyarakat manusia dalam bidang seperti pertanian, pengangkutan,
kesihatan, dan komunikasi, serta persekitaran semula jadi. Sistem akan berubah dengan
signifikan ketika teknologi baharu diperkenalkan, dengan kesan yang dihasratkan dan
hasil yang tidak diharapkan.
Together, advances in science, engineering, and technology can have—and indeed have
had—profound effects on human society, in such areas as agriculture, transportation,
health care, and communication, and on the natural environment. Each system can
change significantly when new technologies are introduced, with both desired effects
and unexpected outcomes.
ii. Jurutera menambah baik teknologi sedia ada atau membangunkan teknologi baharu
untuk meningkatkan manfaatnya, mengurangkan risiko yang diketahui, dan memenuhi
keperluan masyarakat.
Engineers improve existing technologies or develop new ones to increase their benefits,
decrease known risks, and meet societal demands.
iii. Aktiviti manusia menggunakan sumber semula jadi dan mempunyai akibat jangka
pendek dan jangka panjang, baik positif maupun negatif, terhadap kesihatan manusia
dan persekitaran semula jadi.
All human activity draws on natural resources and has both short and long-term
consequences, positive as well as negative, for the health of people and the natural
environment.

Pedagogi berasaskan inkuiri


Para penyelidik telah mengemukakan strategi yang berbeza untuk mengajar sains. Antaranya
termasuklah pembelajaran penemuan atau inkuiri penuh (full inquiry) (Bybee et al., 2006).
Pembelajaran inkuiri adalah berdasarkan teori pembelajaran konstruktivisme dan constructionism.
Teori konstruktivisme memfokuskan peranan murid sebagai pembina makna dam idea manakala
teori constructionism menyatakan bahawa pembinaan idea berlaku dengan berkesan melalui
pembinaan artifak. Menurut teori konstruktivisme, murid menginterpretasi maklumat yang
diterima mengikut pengetahuan sedia ada dan kemudian membina semula pengetahuan dalam
bentuk yang dapat diterima olehnya. Teori constructionism mencabar murid untuk mereka bentuk
artefak dengan mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari.

Free download pdf