IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
54

Model dan Pemodelan ..................................................................................


Ahmad Rushidi Ramli, Chin Chee Keong, Nor Hailmi Abdul Mutalib, Pajuzi Awang dan
Nor Azlina Ghazali

Pengenalan


Anda mungkin biasa mendengar perkataan ‘model’ digunakan dalam pelbagai keadaan kehidupan
seharian. Sebagai contoh, perkataan model diguna bagi menggambarkan keadaan tertentu atau
keluaran tertentu sesuatu barangan seperti ‘model’ telefon bimbit dan ‘model’ kereta terkini. Ada
kalanya, istilah ini digunakan untuk barang yang mempunyai bentuk dan rupa yang sama seperti
yang asal tetapi pada skala lebih kecil seperti ‘model’ kapal terbang dan ‘model’ rumah contoh.
Ada kalanya perkataan ‘model’ ini digunakan pada peragawan atau peragawati yang cantik
menyusuri pentas bagi memperagakan fesyen terkini. Tak kurang juga perkataan ‘model’ ini
digunakan pada sesuatu atau seseorang yang dapat dijadikan sebagai contoh untuk ditiru dan
diteladani sifat-sifatnya. Bagaimana pula perkataan ‘model’ ini digunakan dalam dunia sains?


Saintis dan jurutera membangunan dan menggunakan model.


Penggunaan model adalah sangat penting bagi proses kefahaman dan berkomunikasi dalam bidang
Sains dan juga Kejuruteraan. Istilah model biasanya merangkumi rajah, replika fizikal bahan,
analogi, perwakilan matematik dan juga simulasi komputer.


Saintis mengunakan model untuk membuat ramalan dan membina penjelasan tentang kenapa dan
bagaimana sesuatu fenomena semulajadi berlaku. Contohnya saintis menggunakan model
kajicuaca bagi meramal corak cuaca sesuatu tempat. Melalui model, para saintis dapat menjelaskan
perkara-perkara yang terlalu kecil atau terlalu besar untuk diperhatikan; perkara yang terlalu pantas
atau lambat untuk dilihat; perkara yang mungkin sudah tiada lagi kewujudannya; perkara yang
belum pernah dicipta; dan perkara-perkara yang melibatkan idea-idea yang sukar difahami
(Huncosky, 2013). Model turut digunakan untuk mewakili sistem (atau bahagian tertentu dalam
sistem) yang sedang dikaji, untuk membantu pembangunan soalan dan penjelasan, untuk menjana
data yang dapat digunakan untuk membuat ramalan, dan untuk mengkomunikasikan idea kepada
orang lain.


Dalam sains, saintis menilai dan memperhalusi model melalui kitaran berlelaran (iterative cycle)
secara membandingkan ramalan mereka dengan dunia sebenar dan kemudian membuat
penambahbaikan bagi sesuatu model yang dihasilkan. Dengan itu, sesuatu model dijana
berdasarkan bukti dan sekiranya bukti-bukti baharu yang diperoleh tidak dapat menjelaskan model,
maka model tersebut akan diubah suai (NGSS Lead States, 2013).


Para jurutera juga banyak bergantung kepada penggunaan model. Mereka menggunakan model
bagi menggambar secara visual dan memperhalusi reka bentuk model serta berkongsi sifat-sifat
sesuatu reka bentuk dengan jurutera yang lain. Model dapat membantu jurutera menilai sesuatu
sistem yang sedia ada sekiranya terdapat sebarang kecacatan serta menguji kemungkinan

Free download pdf