74
Document-Based Research: What’s that fish?..........................................................................
Normee Abdul Rahman, Koay Suan See, Noorseiah Mohamad, Siti Rohayu Abdul Karim dan
Zikri Awang
Pengenalan
Seseorang saintis (dan jurutera) mesti berkebolehan mendapatkan dan menilai maklumat, serta
berkomunikasi tentang maklumat. Seseorang saintis perlu berkebolehan mentafsir maksud ayat
saintifik seperti kertas-kertas pembentangan, internet, simposium atau syarahan untuk menilai
kesahan saintifik suatu maklumat yang diperoleh dan menggabungkan maklumat tersebut kepada
penjelasan yang diusulkan. Seperti para saintis, jurutera mesti berkebolehan mentafsir maksud teks
yang dihasilkan oleh rakan-rakan sekerja, menilai maklumat tersebut dan menggunakannya sebaik
mungkin (Bybee, 2011; NGSS Lead States, 2013).
Tambahan lagi, mereka juga mesti berkebolehan untuk berkomunikasi tentang idea dan dapatan
mereka (contoh, keputusan aktiviti inkuiri, bukti, reka bentuk penyelesaian dan sebagainya)
dengan jelas dan menyakinkan – secara lisan; dalam bentuk tulisan/teks; penggunaan jadual,
diagram, lukisan, model, graf dan persamaan; dan melibatkan diri dalam perbincangan bersama
rakan.
Kemahiran ini sepatutnya diajar lebih awal kepada murid. Terutamanya, murid perlu memahami
bagaimana menghasilkan lukisan dan menggunakan ciri-ciri teks ekspositori (bold, color, labels,
captions, heading, diagrams, charts, tables, etc.) untuk berkomunikasi tentang pemikiran mereka
melalui perkataan/teks bertulis dan ilustrasi.
Tambahan, sebagai pengguna sains dan produk kejuruteraan yang kritis, murid (termasuk saintis
dan jurutera) perlu berkemampuan untuk membaca laporan sains di akhbar atau di internet, serta
dapat mengenal pasti perkara yang menonjol (salient science), kelemahan dalam metodologi yang
digunakan (jika ada) serta kemungkinan bias dalam penghujahan, penjelasan dan bukti yang
digunakan.
Berdasarkan maklumat di atas, apakah kesedaran baharu anda tentang amalan mendapatkan dan
menilai maklumat, serta berkomunikasi tentang maklumat?
Jadi, murid perlu diberi peluang untuk mendapatkan dan menilai maklumat, serta berkomunikasi
tentang maklumat, bukti dan idea dengan pelbagai cara (menggunakan jadual, graf, model,
persembahan interaktif dan persamaan, serta secara lisan, dalam bentuk tulisan/teks dan melalui
perbincangan. Berdasarkan maklumat tersebut, mereka membina penjelasan dan mereka bentuk
penyelesaian. Seterusnya mampu melibatkan diri dalam penghujahan berdasarkan bukti serta
berupaya mengkritik dan berkomunikasi tentang sesuatu idea secara individu dan secara
kumpulan. Adalah dicadangkan amalan ini diintegrasikan dalam aktiviti/modul IBSE sedia ada.