IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
76

Prosedur


Penglibatan (Engage) (20 minit)



  1. Setiap peserta menjawab soalan yang dikemukakan secara individu.


Soalan
i. Apakah maksud Biodiversiti?
ii. Bagaimanakah pengelasan dibuat terhadap organisma yang wujud di dunia ini?
iii. Mengapakah pengelasan perlu dilakukan?


  1. Selepas 5 minit, setiap ahli membincangkan jawapan/idea dengan rakan dalam kumpulan.

  2. Setiap kumpulan berkongsi jawapan dengan kumpulan yang lain.


Penerokaan (Explore) (40 minit)



  1. Peserta menjalankan aktiviti pengelasan benda hidup dengan menggunakan bahan edaran
    yang dibekalkan (Lampiran S7-1).
    a. Peserta (secara individu) membuat pemerhatian terhadap ciri-ciri benda hidup dalam
    Lampiran S7-1a dan 1b.


Peserta boleh mendapatkan maklumat (melalui pembacaan bahan edaran (Lampiran S7-
1b) atau buku/ dokumen atas talian yang boleh dipercayai atau temu ramah pihak yang
berkelayakan (jika sesuai)), menilai maklumat yang diperoleh dan menggabungkan
maklumat dari buku atau media yang bersesuaian.

Fasilitator dan peserta membincangkan amalan sains: Mendapatkan dan menilai
maklumat, serta berkomunikasi tentang maklumat.

b. Selepas 15 minit, peserta menyemak dan berbincang bersama ahli kumpulan.
c. Peserta (secara individu) membina sistem pengelasan yang sesuai untuk mengelaskan
benda hidup tersebut. Catat dalam buku nota.
d. Selepas 10 minit, peserta berbincang bersama ahli kumpulan untuk menghasilkan satu
sistem pengelasan.

Penerangan (Explain) (30 minit)



  1. Setiap kumpulan berkongsi sistem pengelasan yang dibina dengan kumpulan lain dengan
    memberi hujah atau justifikasi.

  2. Fasilitator dan peserta membanding beza sistem pengelasan yang dibentangkan.
    (Amalan sains: Membina penjelasan dan mereka bentuk penyelesaian)

  3. Peserta berbincang dengan ahli kumpulan tentang contoh Kekunci Dikotomi berdasarkan
    edaran (Lampiran S7-2) yang dibekalkan.

  4. Fasilitator berbincang dengan peserta tentang Kekunci Dikotomi.

Free download pdf