IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
77

Pengembangan (Elaborate) (75 minit)



  1. Setiap kumpulan berbincang untuk menghasilkan Kekunci Dikotomi untuk mengenal pasti
    spesies sturgeon berdasarkan bahan edaran (Lampiran S7-2) yang dibekalkan.


Tugasan: Anda adalah sekumpulan ahli sains perikanan. Kumpulan anda dikehendaki
membina satu Kekunci Dikotomi yang dapat membantu pengkaji lain mengenal pasti spesies
sturgeon.

Catatan: Sturgeon merupakan ikan primitif dan fosil ditemui berusia 144-65 juta tahun dahulu.
Pengkaji yang menjumpai fosil sturgeon akan menggunakan kekunci yang anda bina untuk
mengenal pasti spesies sturgeon yang dijumpai.


  1. Setiap kumpulan memaparkan hasil tugasan menggunakan kertas sebak untuk dibentangkan
    kepada kelas.

  2. Setiap kumpulan diminta memaparkan hasil tugasan pada dinding dan semua peserta diminta
    memberi komen.


(Amalan Sains: amalan sains: Mendapatkan dan menilai maklumat, serta berkomunikasi
tentang maklumat; Membina penjelasan; Melibatkan diri dalam penghujahan berdasarkan
eviden)

Penilaian dan refleksi


Pra aktiviti



  1. Berdasarkan maklumat di bahagian Pengenalan, apakah kesedaran baharu anda tentang
    amalan mendapatkan dan menilai maklumat, serta berkomunikasi tentang maklumat?


Pasca aktiviti (15 minit)



  1. Peserta memberi refleksi tentang aktiviti ini serta kepentingan “Document-based Research”
    dalam IBSE.

  2. Peserta dalam kumpulan berbincang: Mengapakah seorang saintis perlu mendapatkan dan
    menilai maklumat, serta berkomunikasi dengan maklumat dengan berkesan?

  3. Bagaimanakah anda meningkatkan pemahaman amalan mendapatkan dan menilai maklumat,
    serta berkomunikasi dengan maklumat dalam kalangan murid anda?

  4. Apakah pendapat anda tentang petikan di bawah?


 “..learning how to produce scientific texts is as essential to developing an
understanding of science as learning how to draw is to appreciating the skill of the
visual artist.” (NRC, 2012, p. 75)
 “Any education in science and engineering needs to develop students’ ability to read
and produce domain-specific text. As such, every science or engineering lesson is in
part a language lesson, particularly reading and producing the genres of texts that are
intrinsic to science and engineering.” (NRC, 2012, p. 76)
Free download pdf