IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
81

Menggunakan matematik: Dalam bidang sains dan kejuruteraan, matematik merupakan alat asasi
untuk mewakilkan pemboleh ubah fizikal serta hubungan antara pemboleh ubah. Matematik
digunakan dalam pelbagai aspek seperti menghasilkan simulasi; menganalisis data secara statistik;
serta mengecam, mengungkap dan mengaplikasi hubungan kuantitatif.


Membina penjelasan: Matlamat sains ialah membina penjelasan terhadap punca-punca fenomena.
Murid-murid diharap untuk membangunkan model berasaskan bukti dalam membina penjelasan.


Ringkasan aktiviti


A Helping of Pi


Peserta diharapkan dapat menggunakan matematik dan mereka bentuk model matematik –
berdasarkan bukti – untuk mewakili pemboleh ubah fizikal dan hubungannya, dan membuat
ramalan kuantitatif.


Dalam aktiviti ini, para peserta akan mempelajari cara menggunakan model matematik untuk
mewakili situasi kehidupan sebenar. Secara khusus, para peserta akan menggunakan persamaan
(rumus lilitan bulatan) untuk mewakili hubungan antara pusat, diameter dan lilitan bulatan.


Dalam aktiviti ini, para peserta akan melaksanakan beberapa siri eksperimen, membuat ramalan/
andaian, memilih pendekatan matematik, mendapatkan penyelesaian, serta mengubah suai model
mengikut keperluan. Aktiviti ini melibatkan para peserta dalam amalan membangunkan dan
menggunakan model, menggunakan matematik dan membina penjelasan.


Objektif


Di akhir slot ini, peserta dapat:



  1. Menjelaskan contoh dan kegunaan model matematik.

  2. Menggunakan perwakilan matematik untuk mewakilkan hubungan.

  3. Menggunakan bukti (contoh: pengukuran, pemerhatian, pola) untuk menyokong penerangan.

  4. Menentukan lilitan bulatan tanpa mengukurnya.

  5. Menentukan hubungan antara lilitan dan diameter bulatan.

  6. Menakrifkan pi dan rumus lilitan bulatan.


Alat dan bahan: 5 atau 6 gelung rotan pelbagai saiz , tali, kayu pengukur, kertas A4, pen
marker, kalkulator, kertas mahjong


Masa: 2 jam

Free download pdf