92
Tambah baik: Mereka bentuk semula mengikut keperluan
Rajah 2: Proses reka bentuk kejuruteraan
Sumber: TeachEngineering (2020)
Amalan sains dan kejuruteraan yang diberi fokus
Mengemukakan soalan dan mendefinisi masalah: Murid sepatutnya dapat mengemukakan
soalan satu sama lain berdasarkan pembacaan mereka, ciri-ciri fenomena yang diperhatikan,
dan kesimpulan yang dapat dibuat daripada model atau penyelidikan saintifik. Untuk elemen
kejuruteraan, murid mengemukakan soalan untuk mengenal pasti masalah yang akan
diselesaikan dan mencetuskan idea yang membawa kepada masalah tersebut serta spesifikasi
penyelesaiannya (National Research Council, 2012; NGSS Lead States, 2013).
Membina penjelasan dan mereka bentuk penyelesaian: Matlamat sains adalah pembinaan teori
yang memberikan penjelasan mengenai fenomena dunia. Suatu teori akan diterima apabila
terdapat pelbagai bukti empirikal yang dapat memberikan penjelasan yang lebih baik tentang
suatu fenomena daripada teori sebelumnya. Matlamat kejuruteran adalah mereka bentuk
penyelesaian. Proses mereka bentuk adalah suatu proses yang sistematik dan berulang. Aktiviti
kejuruteraan termasuklah tindakan menentukan batas dan kriteria penyelesaian yang diingini,
membangunkan perancangan reka bentuk, menghasilkan dan menguji model atau prototaip,
memilih reka bentuk alternatif untuk mengoptimumkan kriteria reka bentuk, dan
menyempurnakan idea reka bentuk berdasarkan pengujian prototaip atau simulasi (National
Research Council, 2012; NGSS Lead States, 2013).