IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
104

 Peraturan ambiguiti (ambiguity rule): Pereka bentuk mesti bersifat ambiguiti. Pereka
bentuk perlu mengulangi eksperimen atau ujian terhadap sesuatu inovasi (sehingga
mencapai tahap pengetahuan dan titik kemampuan maksimum pereka bentuk) bagi
mengetahui keberkesanan inovasinya.

 Peraturan mereka bentuk semula (re-design rule): Walaupun teknologi dan keadaan
sosial telah berubah dan berkembang, keperluan manusia tetap tidak berubah.
Manusia sentiasa mencari penyelesaian baharu untuk menyelesaikan masalah lama
bagi memenuhi keperluan. Sejak zaman dahulu, terdapat banyak penyelesaian yang
berjaya bagi masalah tersebut. Oleh kerana teknologi dan keadaan sosial sentiasa
berubah, maka adalah mustahak untuk memahami bagaimana masalah ditangani
pada masa dahulu. Dengan ini, pereka bentuk boleh menganggarkan keadaan sosial
dan teknikal yang akan kita hadapi dalam 5, 10 atau 20 tahun akan datang dengan
lebih baik.

 Peraturan nyata (tangibility rule): Prototaip ialah media komunikasi. Penghasilan
prototaip dapat membuat idea menjadi nyata (tangible) dan membolehkan pereka
bentuk berkomunikasi tentang ideanya secara lebih berkesan dengan orang lain.

b. Pemikiran kejuruteraan atau engineering habits of minds merangkumi systems
thinking, adapting, problem-finding, creative problem-solving, visualising dan
improving (Lucas, Hanson & Claxton, 2014) (sila rujuk Lampiran S10-2). Pemikiran
kejuruteraan adalah selari dengan kemahiran abad ke-21 (Katehi, Pearson & Feder,
2009).

Gabungan reka bentuk kejuruteraan dan pemikiran kejuruteraan membenarkan murid untuk
menjadi lebih berdikari dan menjadi pemikir reflektif yang berupaya mengintegrasikan
pelbagai idea bagi menyelesaikan masalah (Bryan et al., 2016) serta menyedari kerelevanan
disiplin STEM di dalam kehidupan harian.


Amalan sains dan kejuruteraan yang diberi fokus


Mengemukakan soalan dan mendefinisi masalah: Murid mengemukakan soalan untuk
mengenal pasti masalah yang akan diselesaikan dan mencetuskan idea yang membawa kepada
masalah tersebut serta spesifikasi penyelesaiannya (National Research Council, 2012; NGSS
Lead States, 2013).


Mereka bentuk penyelesaian: Matlamat kejuruteran adalah mereka bentuk penyelesaian. Proses
mereka bentuk adalah suatu proses yang sistematik dan berulang. Aktiviti kejuruteraan
termasuklah tindakan menentukan batasan dan kriteria penyelesaian yang diingini,
membangunkan perancangan reka bentuk, menghasilkan dan menguji model atau prototaip,
memilih reka bentuk alternatif untuk mengoptimumkan kriteria reka bentuk, dan
menyempurnakan idea reka bentuk berdasarkan pengujian prototaip atau simulasi (National
Research Council, 2012; NGSS Lead States, 2013).


Melibatkan diri dalam penghujahan berdasarkan bukti: Kajian sains dan kejuruteraan harus
memupuk sifat ingin berhujah untuk mengajukan dan mempertahankan idea baharu atau
penjelasan tentang suatu fenomena dan norma-norma untuk berhujah. Dalam sains, penaakulan
dan penghujahan berdasarkan bukti sangat penting dalam mengenal pasti penjelasan terbaik
untuk fenomena semula jadi. Dalam kejuruteraan, penaakulan dan penghujahan diperlukan

Free download pdf