IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
106

berkomunikasi tentang hasil/penyelesaian yang diperoleh dan kaedah yang digunakan.
Tambahan, aktiviti ini dijangka dapat memupuk kemahiran abad ke-21 dalam kalangan peserta.


Objektif


Di akhir slot ini, peserta dapat:



  1. Memerihal langkah-langkah dalam proses reka bentuk kejuruteraan.

  2. Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kecekapan tenaga sesebuah kereta.

  3. Menyelesaikan masalah dengan mengintegrasikan elemen sains, teknologi, kejuruteraan
    dan matematik.

  4. Membuat justifikasi terhadap prototaip kereta yang dihasilkan menggunakan konsep sains
    dan matematik.


Alat dan bahan: Botol plastik, penutup botol plastik (x 4), penyedut minuman, belon, lidi sate
(bamboo skewer), batang aiskrim (popsicle stick), gelang getah, pita pelekat, gam, kertas A4,
pisau (cutter), gunting dan lain-lain


Untuk menguji prototaip: Jam randik, landasan troli (Cadangan spesifikasi: Landasan
berbingkai kayu/logam pada kedua-dua sisinya yang panjang; Berukuran panjang x lebar, 240
cm x 300 cm)


Masa: 4 jam


Prosedur


Engage (Penglibatan)



  1. Fasilitator dan peserta membincangkan:
    a. Why do engineers want to design energy-efficient cars?
    b. Apakah ciri-ciri kereta yang mempunyai kecekapan tenaga yang tinggi?

  2. Fasilitator memperkenalkan cabaran dan matlamat projek: Design and build a car that
    will move the fastest.

  3. Peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil dan diminta mengikuti proses reka bentuk
    kejuruteraan dalam Lampiran S10-3 untuk menyelesaikan projek.

  4. Ask: Mengenal pasti masalah dan kekangan


Peserta menulis pernyataan masalah dan mempertimbangkan kekangan (seperti bahan, kos
pembinaan, jangka masa dan lain-lain)

Fasilitator membincangkan pemikiran kejuruteraan: Problem-finding

Explore (Penerokaan)



  1. Research: Apakah perbezaan reka bentuk kereta masa kini dan masa lepas? Apakah
    faktor-faktor yang mempengaruhi kecekapan tenaga sesebuah kereta?

Free download pdf